BERITA baik buat orang ramai yang kini boleh menebus e-baucar tunai bernilai RM10 menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ sehingga 10 Disember ini.

Seperti yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) baru-baru ini yang memaklumkan MOTAC melalui Tourism Malaysia memperuntukkan e-baucar dengan nilai keseluruhan RM400,000.

Penebusan tersebut boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), di matfa.org.my berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

Selain itu, dengan kerjasama MATFA, pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus, di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri sebagai berkata, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen itu.

Menurut beliau, MATFA turut optimistik untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

Kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ menawarkan penjimatan dan diskaun sehingga 50 peratus daripada taman tema dan tarikan yang mengambil bahagian serta token permainan tambahan daripada Pusat Hiburan Keluarga (FEC).

Untuk penjimatan tambahan dan hadiah percuma, tebus e-baucar RM10 apabila anda membeli tiket dari taman tema, tarikan atau Pusat Hiburan Keluarga yang mengambil bahagian.

Korang juga boleh mula memuat turun e-baucar RM10 mulai 30 Oktober 2021.

Sebanyak 40,000 RM10 e-baucar tersedia untuk dimuat turun atas dasar siapa cepat dia dapat.

Tebus e-baucar RM10 korang untuk pembelian tiket atau token dari 30 Oktober 2021 – 10 Disember 2021.

Mulakan perancangan korang sekarang dan pilih daripada 27 taman tema, tarikan dan Pusat Hiburan Keluarga!

Berikut senarai taman tema, tarikan dan Pusat Hiburan Keluarga;

Taman tema;

1. THE TOP PENANG

2. THE WET WORLD

3. ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST

4. A’FAMOSA WATER THEME PARK

5. BANGI WONDERLAND THEME PARK & RESORT

6. BAYOU LAGOON PARK RESORT

7. DISCOVERY PARK

8. I-CITY THEME PARK

9. LEGOLAND MALAYSIA RESORT

10. LOST WORLD OF TAMBUN

11. MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

12. SUNWAY LAGOON

Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

Tarikan;

1. JUNGLE GYM

2. RIPLEY’S ADVENTURELAND GENTING HIGHLANDS

Iklan

3. STARSHIP GALACTICA

4. AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

5. AQUARIA KLCC

6. ESPACE

Iklan

7. KL BIRD PARK

8. VAR LIVE

9. DUNGUN ESCAPADE RESORT

Baca juga Bajet 2022: 7 info Bantuan Keluarga Malaysia, yang layak bakal terima RM2,000

Pusat Hiburan Keluarga;

1. FANPEKKA

2. FUN FACTORY – THE MINES

3. IDM FAMILY GAMES CENTRE

4. KIDZOONA

5. LSL FAMILY

6. VIRTUALAND

Semoga bermanfaat!