Ini 4 port baharu healing terbaik di Lembah Klang & Penang, bonding cuti sekolah bersama keluarga

Iklan
gambar portal (6)

SEMPENA cuti sekolah penggal ketiga mulai 15 Disember ini, jom kunjungi empat port healing yang menarik dan menyeronokkan bersama keluarga.

Inilah peluang untuk ibu bapa meluangkan masa berkualiti dan mengeratkan silaturahim bersama anak-anak.

Iklan
Iklan

Seronoknya! SinarPlus kongsikan beberapa lokasi dan aktiviti di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang:

TRX City Park atau Taman Bandar TRX

Iklan

Di Kuala Lumpur, selain menara berkembar KLCC, terdapat taman riadah baharu yang berada di tingkat tiga pusat beli-belah The Exchange TRX.

Ia antara taman awam atas bumbung terbesar di dunia. Lebih 150,000 pokok ditanam, air terjun buatan termasuk boleh melakukan aktiviti seperti berjoging dan berkelah.

Iklan

Lebih menarik, ia dilengkapi air pancut yang cantik dan berlampu pada waktu malam. Terdapat laman acara yang bakal dijadikan sebagai tempat ‘outdoor cinema’. Waktu operasi bermula 7 pagi hingga 11 malam serta masuk adalah percuma.

[caption id="attachment_130642" width="300"] Suasana TRX City Park pada waktu malam.[/caption]

Bertam Resort and Water Park

Resort dan taman tema bertaraf lima bintang berkonsepkan ‘Moroccan’ ini strategik dan memberi keterujaan kepada anak-anak.

Resort ini menawarkan lebih 256 bilik 29 suite dan 19 vila dengan harga bermula RM320 ke atas.

Terdapat lebih 14 permainan disediakan di taman tema tersebut termasuk pasukan penyelamat dan pekerja terlatih.

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang, kadar promosi pembelian tiket dalam talian sebanyak 30 peratus untuk Isnin hingga Khamis manakala 20 peratus (Sabtu, Ahad dan cuti umum).

[caption id="attachment_130645" width="300"] Gelongsor antara permainan di Bertam Souk & Water Park[/caption]

Baca juga: Nak ke mana cuti sekolah? Farm In The City antara pilihan anda

Baca juga: Jalan-jalan bercuti ke Sarawak, ini lokasi wajib bawa anak-anak yang ramai tak tahu

Skyline Luge Activity Park, Gamuda Garden, Rawang

Dikelilingi suasana menghijau, port healing di Rawang, Selangor ini sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Pengunjung boleh menaiki kenderaan yang dibina khas dan mempunyai empat trek dengan terowong terpanjang di dunia, wow!

Setiap trek mempunyai keunikan tersendiri yang mana ia direka bentuk dengan selekoh dan turun bukit bagi memberi pengalaman mencabar kepada penunggang.

Pusat rekreasi tersebut turut mempunyai tarikan lain seperti Skyline Zipline yang dilengkapkan dengan Skyline Skyride, menawarkan perjalanan santai menikmati pemandangan menakjubkan sekitar kota Gamuda Garden dari udara.

Skyline Luge Activity Park akan dibuka kepada orang ramai pada 9 Disember ini. Waktu operasi setiap hari kecuali Rabu pada jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin, Selasa dan Khamis) manakala 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Harga berbeza mengikut pakej ditawarkan:

Five luge rides + skyride combo

Early bird: RM68

Online: RM76

Walk-up: RM80

Four luge rides + skyride combo

Early bird: RM59.50

Online: RM66.50

Walk-up: RM70

Three luge rides + skyride combo

Early bird: RM54

Online: RM57

Walk-up: RM60

Two luge rides + skyride combo

Early bird: RM45

Online: RM47.50

Walk-up: RM50

Child Doubling: RM25

Skyride Return: RM20

[caption id="attachment_130646" width="300"] Aktiviti Skyride[/caption]

[caption id="attachment_130647" width="300"] Aktiviti Skyline Luge[/caption]

Baca juga: Sambil bercuti boleh belajar ilmu sejarah, ini 6 lokasi penginapan rare dengan seni bina klasik di Malaysia

Pesta Pulau Pinang

Pesta Pulau Pinang acara tahunan yang meriah dan menjadi tumpuan pelancong. Berlangsung di Sungai Nibong, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai permainan di fun fair, konsert dan aktiviti pempamer.

Kepada anda yang foodie, boleh juga jalan-jalan cari makan di karnival makanan.

Pesta Pulau Pinang akan berlangsung pada 28 November hingga 31 Disember ini, jangan lepaskan peluang untuk bawa famili ke sana.

Waktu operasi:

Isnin hingga Jumaat: 6 petang – 11 malam

Sabtu, Ahad dan cuti umum: 5.30 petang – 12 tengah malam

Harga tiket dewasa 12 tahun ke atas: RM 5

Kanak-kanak bawah 12 : Percuma

Bestnya, tak sabar rasanya tunggu cuti sekolah, jom enjoy!

Foto kredit :https://bertamresortwaterpark.com/

Foto kredit:https://www.theexchange.my/discover/trx-city-park/

Foto kredit:https://www.skylineluge.my/kuala-lumpur/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!