Nak ke mana cuti sekolah? Farm In The City antara pilihan anda

TAK lama lagi musim cuti sekolah. Pastinya anak-anak akan mula bertanya, nak ke mana kita nanti?

Biasanya dalam hal-hal begini, para ibu la yang efektif membuat perancangan ke mana nak bawa anak-anak bercuti dan melawat tempat-tempat yang menarik. Si Ayah biasanya akan sediakan duit dan ikut sahaja.

Jadi apa kata, masukkan dalam senarai percutian ke petting zoo Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Jalan pun mudah. Tak perlu redah kesesakan jalan raya.

Baca juga Dekorasi interaktif dan katil lengkap dengan gelongsor, pilihan homestay mesra kanak-kanak di kota Melaka ini jadi rebutan

Tambahan pula, sekarang masa yang terbaik untuk ke sini kerana bersempena dengan ulang tahun ke 11 Farm In The City yang disambut pada 11 November lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Allan Phoon, berkata mereka memberikan pelbagai tawaran istimewa.

Antara pengumuman yang dibuat pada hari tersebut adalah kempen Kembara Ke Sekolah, merasai pengalaman sebagai pasukan anggota ranger dan lawatan ke rumah-rumah kampung selain daripada bermain-main dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Baca juga Kuala Lumpur & Singapura destinasi pilihan rakyat Malaysia

“Kami memilih tema pendidikan melalui alam semula jadi pada tahun ini kerana berdasarkan respons, kami melihat para pengunjung teruja dengan konsep petting zoo iaitu anak-anak boleh memegang, memberi makan, dan bermain-main dengan haiwan-haiwan tersebut.

Iklan

“Oleh itu, kami ingin membawa haiwan-haiwan ini keluar pula bertemu pelajar-pelajar di sekolah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh la ke portal Farm In The City.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!