Pergi ketika solat, kopiah masih di kepala, bapa mentua Aliff Syukri meninggal dunia

Iklan
1

BAPA mentua usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Mohd Rashid Abbas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4  pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

"Assalamulaikum saya baru sahaja kehilangan ayah tercinta. Buat yang mengenali bapa saya Mohd Rashid Bin Abbas, saya ingin memaklumkan arwah bapa saya telah kembali ke rahmatullah.

"Mohon maaf jika ada salah silap arwah bapa saya.

Iklan

"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-NYA kami kembali.

"Semoga setiap amalan arwah diterima oleh ALLAH. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada-NYA," titip Nur Shahida.

Iklan

Difahamkan Allahyarham pergi selama-lamanya ketika sedang menunaikan ibadah solat.

Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Baca juga: Pemergian pensyarah rebah di kuliah Subuh petanda husnul khatimah, Dr Zulkifli dedah arwah semangat berdakwah, ilmu tinggi

Baca juga: Nenek meninggal dalam kereta dipandunya, Aliff Syukri sedih tapi reda

Sementara itu, Aliff Syukri turut menzahirkan rasa sedih dan sayu. Reda dengan pemergian bapa mentua tersayang, kongsinya, kasih sayang yang tercurah kepada arwah sama seperti bapa sendiri.

"Kami sekeluarga akan ke Kedah. Doakan arwah bapa mentua saya Mohd Rashid Bin Abas ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Insya-ALLAH beliau akan dikebumikan di tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah pada hari ini.

Sayu kehilangan, Aliff sekeluarga bergegas pulang ke Kedah.

Warga maya menzahirkan ucapan takziah buat Aliff dan Nur Shahida sekeluarga. Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!