KEMATIAN dicemburui ialah kematian dalam melakukan ibadah dan amal soleh termasuk ketika bersujud dalam solat seperti yang dialami seorang wanita di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut kenyataan di laman Facebook Masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan, jemaah wanita tersebut meninggal dunia dalam sujud kedua ketika menunaikan solat berjemaah.

Baca juga: Rebah ketika rakaat ke-20 solat tarawih, isteri dedah amalan suami tunai tahajud, solat sunat

“Ahli jemaah muslimat, meninggal ketika solat Asar dalam sujud kedua. Subhanallah, sungguh mulia kematianmu wahai ibu.

“Ya ALLAH, Engkau akhirilah kehidupan kami dengan husnul khatimah seperti Engkau hadiahkan kepada ibu ini,” maklum kenyataan tersebut.

Baca juga: Sempat tanya tentang bertemu Rasulullah, warga emas meninggal dunia ketika hadiri ceramah agama

Setiap muslim PASTI bercita-cita mendapat pengakhiran yang baik seperti yang diperolehi wanita ini.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, husnul khatimah mempunyai beberapa syarat penting iaitu menganut agama Islam, beriman kepada ALLAH SWT dan melafazkan syahadah sebelum meninggal dunia.

Baca juga: Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia ketika solat di masjid

Terdapat 10 keadaan yang menjadi tanda-tanda seseorang beroleh husnul khatimah seperti berikut;

  1. Mati pada hari atau malam Jumaat
  2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir
  3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
  4. Dia diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT dan beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
  5. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan ALLAH SWT
  6. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut
  7. Meninggal dunia dalam keadaan mati lemas, jatuh bangunan dan syahid di jalan ALLAH SWT
  8. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak
  9. Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya
  10. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh

Berikut adalah antara tanda-tanda kematian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.

Marilah sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

DOA MENDAPATKAN HUSNUL KHATIMAH

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Baca juga: Zikir untuk 100 kebaikan, dijauhkan 100 keburukan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI