Tergamaknya ibu! Konon berubat diganggu makluk halus izin anak kandung dirogol suami terima padah. 9 info kejadian

Iklan
Tergamaknya ibu! Konon berubat diganggu makluk halus izin anak kandung dirogol suami terima padah. 9 info kejadian

Tergamaknya ibu! Konon berubat diganggu makluk halus izin anak kandung dirogol suami terima padah. 9 info kejadian

TERGAMAKNYA seorang ibu! Di mana letaknya kasih sayang sehinggakan sanggup menggadaikan maruah anak yang dikandungnya.

Iklan
Iklan

Itulah kejadian yang berlaku di Muar, Johor apabila seorang wanita mengaku bersubahat dengan suami merogol anak dua tahun yang lalu kononnya bagi mengubati gangguan makhluk halus.

Menurut portal tempatan, berikut info kejadian;

Iklan

1. Mahkamah Sesyen Muar semalam, menetapkan Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang ibu yang mengaku salah, bersubahat dengan suami merogol anak kandung, kononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus, dua tahun lalu.

2. Keputusan itu dibuat Hakim, Abu Bakar Manat, selepas pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi membolehkan pihaknya penyediaan fakta kes berkaitan kejadian itu.

Iklan

3. Mengikut pertuduhan, suri rumah berusia 41 tahun itu didakwa bersubahat dengan suaminya didakwa merogol mangsa yang juga anak tiri lelaki itu, ketika berusia 17 tahun, dalam bilik di rumah ibunya, jam 11.30 malam pada 2021.

4. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama dan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Baca juga Padah rogol anak 105 kali, bapa durjana dipenjara 42 tahun. ‘Satu kali pun kita tak boleh maafkan ini pula lebih 100’- Hakim

[caption id="attachment_118667" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

5. Seksyen 109 memperuntukkan hukuman sama bagi kesalahan dikenakan sekiranya tiada peruntukan dinyatakan, manakala Seksyen 376B, penjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

6. Suaminya pula didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol anak tiri tetapi tidak mengaku salah dengan semua kejadian dan masa berlaku di tempat sama.

7. Bagi Seksyen 376B pula, bapa tiri mangsa yang juga seorang buruh boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Baca juga 10 peringatan buat ibu ayah bila ada anak perempuan! Ngerinya, 6 remaja lelaki rogol bergilir-gilir gadis 14 tahun

8. Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

9. Serentak dengan itu, mahkamah menetapkan 30 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu selain sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga laporan perubatan berkaitan kes suaminya. Mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh dilanjutkan mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah.

Moga pasangan suami isteri itu menerima hukuman yang setimpal!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!