Padah rogol anak 105 kali, bapa durjana dipenjara 42 tahun. 'Satu kali pun kita tak boleh maafkan ini pula lebih 100'- Hakim
Padah rogol anak 105 kali, bapa durjana dipenjara 42 tahun. 'Satu kali pun kita tak boleh maafkan ini pula lebih 100'- Hakim
PADAH rogol anak 105 kali, dasar bapa durjana dipenjara 42 tahun.
Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak rayuan akhir untuk mengurangkan hukuman seorang bapa atas kesalahan merogol anak tiri perempuannya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.
Ketika prosiding Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail menegaskan perbuatan dilakukan lelaki berusia 36 tahun itu terhadap mangsa yang baru berusia 12 tahun tidak boleh dimaafkan.
"Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali," katanya.
Sebelum ini bapa tiri durjana itu dijatuhi hukuman penjara 42 tahun dan dikenakan 24 sebatan dan keputusan semalam mengekalkan hukuman berkenaan yang disabitkan Mahkamah Tinggi Klang.
Keputusan sebulat suara itu dibuat bersama dua lagi hakim yang turut bersidang iatu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Sebelum ini, pada 27 Januari 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap tertuduh, antara rekod hukuman penjara tertinggi bagi kesalahan merogol.
Hadhariah berkata, dalam kes terdahulu membabitkan bapa atau datuk yang merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, mahkamah memberikan hukuman maksimum 36 tahun kepada pesalah seksual itu.
Baca juga Rogol 2 anak sejak 2017, seorang disahkan hamil bongkar perbuatan ‘syaitan’ ayah durjana
"Mereka yang merogol anak sendiri tidak pernah takut dengan undang-undang, selepas kita letak dipenjara mereka kata sudah jadi orang baik," katanya.
Lelaki itu didakwa atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020.
Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara selama 1,050 tahun dan 24 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah.
Hukuman penjara itu bagaimanapun mendapat pengurangan ketika rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang.
Moga ia menjadi pengajaran buat masyarakat kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang