Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Iklan
Gara-gara resipi burger Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai (1)

BURGER 'prosperity' menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Menu signatur restoran makanan segera itu menjadi dambaan ramai sementelah ia hanya muncul apabila hampir sambutan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, restoran berkenaan yang sedang diboikot berikutan dengan peristiwa berdarah di Gaza. Kreativiti pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang berkongsi resipi dan cara untuk menghasilkan resipi burger itu di rumah.

Iklan
Iklan

Di TikTok, video resipi dinamakan McMing itu telah meraih lebih daripada 5.6 juta tontonan dalam masa lima hari.

Biarpun mnggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, hasilnya mengiurkan dan menarik perhatian ramai.

Iklan

Individu berkenaan juga mendakwa ia adalah gara-gara perkongsian resipi daripada Khairul Aming.

Iklan

Dalam notis yang ditampal, pihak Ramly menjelaskan bahawa mereka akan mengisi stok semula pada hari Selasa selain mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang ingin membeli produk mereka.

Menjengah di ruangan komen, warga maya tidak sabar untuk mencuba resipi burger oblong ini.

BURGER OBLONG ALA PROSPERITY

Bahan-bahan

2 sudu besar mentega [ BELI DI SINI]

1 biji awang Holland (dipotong kecil)

3 ulas bawang putih

Cendawan Shitake (dihiris)

1 sudu besar tepung gandum

1 1/2 cawan air panas

2 sudu besar sos tiram [ BELI DI SINI]

Sedikit kicap manis [BELI DI SINI]

1 kiub pati lembu [ BELI DI SINI]

2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk

2 keping oblong lembu (BELI DI SINI]

2 biji roti oblong [ BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Cairkan mentega. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih.

2-Selepas bawang layu, masukkan cendawan hingga bertukar keemasan.

3-Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga garing.

4-Masukkan air, sos tiram, sedikit kicap manis, kiub pati lembu dan lada hitam.

5-Kisar semua bahan ini dan tumis semula hingga mendidih. Ketepikan.

6-Untuk penyediaan patti, grilkan oblong lembu hingga masak dan celupkan ke dalam kuah lada hitam yang telah masak.

7-Sapu mentega pada roti dan bakar hingga garing. Hidangkan burger panas-panas dengan hirisan bawang Holland.

Siap, sedia untuk dinikmati. Mudah rupanya buat burger ala prosperity kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Ringkas! Ini resipi daging goreng ala Thai confirm tambat selera keluarga

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

Baca juga: Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!