PENANGAN pempengaruh terkenal Khairul Aming (KA) memang cukup luar biasa.
Apa sahaja yang beliau kongsikan pasti akan viral dan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Belum pun reda resipi burger ala prosperity yang meraih perhatian sehinggakan bahan masakan seperti daging oblong habis terjual dek kerana penangan video yang dimuat naik beliau.
Terbaharu, pemilik Sambal Nyet itu sekali lagi menggunakan pengaruhnya bagi mempromosikan sebuah gerai menjual cendol.
Menurut empunya diri, gerai yang diberi nama Nizam Cendol Goncang itu terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Malah itulah port yang selalu menjadi tempat persinggahannya untuk menikmati cendol. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti mi bandung dan bihun sup.
GERAI CENDOL DISERBU
Lebih mengujakan, cendol di situ dijual dengan harga RM1 semangkuk.
Menerusi hantaran video tersebut, KA sempat berjenaka dengan meminta pemilik gerai supaya bersedia dengan pekerja tambahan kerana gerai tersebut sudah dikongsikan di media sosial.
Ternyata apa yang beliau katakan memang betul-betul menjadi kenyataan apabila gerai cendol diserbu orang ramai.
"Mee bandung dah sold out guys. Orang beratur non stop dari pagi. Thank you semua yang support kedai abang nizam,” tulisnya.
Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu turut berkongsi video dan gambar suasana orang ramai yang sedang beratur untuk merasai keenakan menu di situ
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan terharu dek situasi tersebut. Bahkan ada yang berterima kasih buat pemenang Anugerah Tiktok 2023 kerana membantu peniaga kecil secara percuma.
"Macam tu je sale dia naik.” kongsi warga maya yang berasa kagum dengan ‘rezeki terpijak’ gerai Nizam Cendol Goncang ini.
PENANGAN KHAIRUL AMING
Kehebatan Khairul Aming mempromosikan apa saja produk ini membuatkan beliau digelar warga maya sebagai ‘Influencer No.1 di Malaysia’. Berdasarkan rekod, banyak penangan review yang Khairul Aming pernah lakukan sebelum ini dan memenangi hati warga maya.
Baca lagi Khairul Aming bujang tapi belum bersedia, tak kisah bakal isteri tak pandai masak
Antara lainnya; penangan KA setiap kali Ramadan, video bekas simpan beras yang sold out malah stok kerabu maggi thai laku keras di pasaran.
Memang gempak lah penangan KA, bukan sahaja pandai buat duit bahkan punya hati baik dan prihatin membantu orang lain. Patutlah rezekinya murah!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang