Strok dalam kalangan pesakit muda. Teknologi robotik bantu pesakit meningkatkan fungsi dengan lebih baik

Iklan
Featured image (29)

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia mendedahkan, penyakit strok kini semakin didominasi oleh pesakit muda.

Statistik menunjukkan, satu daripada empat kes strok kini berlaku ke atas mereka yang berada dalam lingkungan usia bawah 50 tahun.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, masalah kesihatan itu adalah penyebab utama kematian yang ketiga paling banyak.Berdasarkan rekod Pendaftaran Strok Kebangsaan, terdapat 47,911 kejadian strok dilaporkan pada tahun 2019.

Kebanyakan pesakit mempunyai pelbagai masalah morbiditi yang mana tujuh daripada 10 pesakit perlu bergantung kepada orang lain untuk kelangsungan hidup.

Iklan

[caption id="attachment_132311" width="603"] SUMBER gambar hiasan daripada FREEPIK.[/caption]

Menurut tinjauan Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide (2016), dianggarkan satu daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang tahun 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil.

Iklan

[caption id="attachment_132307" width="153"] DR TUAN CHEONG[/caption]

Justeru, Penolong Pengarah Perubatan yang juga Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Lee Tuan Cheong berkata, adalah penting untuk seseorang bertindak cepat dan mendapatkan rawatan perubatan dengan seberapa pantas jika serangan strok tercetus.

"Sebaik-baiknya ia dilakukan dalam masa 4.5 jam kerana terapi reperfusion (mewujudkan semula bekalan darah) seperti trombolisis dan trombektomi dalam strok iskemia telah terbukti dapat meminimumkan ketidakupayaan,” katanya.

 

Baca juga: Bahaya detak jantung berdegup laju, jantung boleh berhenti mendadak, picu strok & ganggu emosi

Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

[caption id="attachment_132306" width="147"] DR CHEE CHONG[/caption]

Dalam pada itu, Pakar Perunding Perubatan Pemulihan dari hospital sama, Dr Foong Chee Chong berkongsi pengetahuan penting tentang perkara yang boleh dilakukan selepas pengurusan awal strok akut.

Ujar beliau, dengan kemajuan perubatan pada hari ini, terdapat banyak proses pemulihan lain yang sesuai untuk mangsa strok.

Baca juga: Maut atau cacat seumur hidup, itu antara risiko strok haba. Minum banyak air, jangan banyak terdedah di luar

[caption id="attachment_132312" width="646"] SUMBER gambar hiasan daripada FREEPIK.[/caption]

Antaranya seperti teknologi robotik, rangsangan otak bukan invasif dan realiti maya yang boleh membantu mangsa meningkatkan fungsi dengan lebih baik.

Mengulas lanjut, Dr Chee Chong berkata, rehabilitasi juga merupakan rawatan yang penting untuk penghidap kembali ke tahap kesihatan yang optimum.

Baca juga: Angkat berat badan kurangkan risiko strok dan jantung? Ini penjelasan pakar dalam kajian baharu

Oleh itu, pemilihan fasiliti kesihatan yang dilengkapi dengan kepakaran dan peralatan perlu dititik beratkan.

Selain itu, terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan oleh pesakit ketika berada di rumah.

Antaranya senaman fleksibiliti, pengukuhan, imbangan, tugas berfungsi termasuk aerobik.

"Semua senaman yang disyorkan perlu disesuaikan mengikut keperluan individu bergantung kepada tahap stroknya,"katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang