Tip goreng ikan cencaru sumbat elok kejadian, isi tidak keluar sambal pun tak hangus

Iklan
Tip goreng ikan cencaru sumbat elok kejadian, isi tidak keluar sambal pun tak hangus

Tip goreng ikan cencaru sumbat elok kejadian, isi tidak keluar sambal pun tak hangus

IKAN cencaru sumbat ini ada peminatnya! Dapat pula yang segar memang sedap tak terkata.

Iklan
Iklan

Namun, bila digoreng, mesti sambalnya akan terkeluar dan cepat hangus kan? Aduhai pening kepala dibuatnya.

Bagi anda yang mengelakkan situasi tersebut, usah risau. Berikut SinarPlus kongsikan tip mudah untuk anda cuba.

Iklan

Antara tip yang boleh dicuba adalah:

1. Goreng ikan terlebih dahulu. Bila dah masak, baru sumbatkan sambal dan balut dengan daun kunyit. Goreng kali kedua tetapi sekejap sahaja.

Iklan

2. Minyak bagi banyak biar ikan seekor itu berenang dalam minyak. Jangan banyak kali kalih-kalih. Boleh balut ikan dengan daun kunyit ikat menggunakan benang atau cucuk lidi pada daun berkenaan.

3. Bakar dulu menggunakan oven. Kemudian balut dengan daun pisang atau daun pandan. Bila ikan dah masak, baru buka balutan daun dan goreng di dalam minyak sekejap sahaja.

4. Tumis sambal sehingga masak sebelum sumbat di dalam ikan.

5. Selepas sumbat sambal sapu telur putih dan goreng. Dengan cara ini sambal tak akan terkeluar.

Baca juga Kecur melihatnya! Resipi ikan cencaru sumbat sambal Portugis mudah, menyelerakan

6. Selain sapu telur putih, boleh juga tambahkan sebiji telur di dalam sambal untuk mengelakkan pecah.

7. Seterusnya, boleh cuba celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan gorengkan.

8. Minyak kena betul-betul panas dan lebih daripada ikan. Masa nak letak ikan pastikan api perlahan. Ikan tak perlu buang kulit dia, goreng garing-garing macam biasa.

9. Sebelum goreng sejat ikan dalam penapis dulu untuk bagi kering sedikit.

10. Cara belah belakang ikan cencaru bagi dalam sikit baru boleh sumbat banyak.

11. Satu lagi tip kalau nak buang gatal ikan ketika siang ikan, buang bahagian dekat ekor macam urat putih.

Baca juga Patutlah ramai makan ikan tongkol alah gatal-gatal, ini petua mudah siang buang bisa

12. Buat sambal pekat dan masak terlebih dahulu. Baru sumbat dan goreng sekejap.

14. Sumbat sambal di dalam ikan, kemudian lilit dengan benang dan goreng.

15. Letak tepung pulut sedikit dalam sambal. Gaul sebati bagi lekat sedikit. Hasilnya lebih rangup, sambal pun tak akan terkeluar.

Ha, banyakkan tip yang boleh anda cuba! Pilih jer mana satu yang mudah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Serina Rudin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!