KECUR melihatnya! Ada ke yang suka makan ikan cencaru? Ikan cencaru ni kalau dibuat sumbat sambal memang sedap betul.

Tidak kiralah dibakar atau digoreng, dapat makan dengan nasi putih pasti tak pandang lauk lain dah!

Lagilah resipi ikan cencaru sumbat sambal Portugis ini yang mudah dibuat dan sedap dimakan.

Biasanya, ikan cencaru sumbat sambal dibakar, tapi kali ini kita buat yang digoreng pula. Ia digoreng garing pasti sangat menyelerakan.

Hidangan ini memerlukan sambal itu dimasak terlebih dahulu supaya apabila disumbat dalam ikan tersebut, ia tidak mentah.

Bahan-bahannya;

  • 4 ekor ikan cencaru dibelah belakang, gaul garam kunyit dan ketepikan dulu
  • Bahan-bahan sambal;
  • Daun kesum diracik-racik
  • Bunga kantan dihiris nipis
  • 15 biji limau kasturi (diperah ambik air)
  • Gula
  • Garam
  • Secukup rasa

Cuba juga Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

Bahan kisar;

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato
  • 15 tangkai cili kering direbus
  • 3 cili besar hijau
  • 10 cili api

Cara membuatnya;

1. Tumis semua bahan dikisar tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Bila sambal dah masak, masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

Iklan

3. Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula, secukup rasa. Kacau-kacau lagi dan rasakan.

4. Bila dah pekat tutup api. Masukkan dalam ikan cencaru yang dibelah belakang. Goreng sehingga garing.

5. Angkat dan boleh tambah lagi sambal tadi serta tuangkan sedikit minyak ikan goreng.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber : Una

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.