UMUM mengetahui sambal kicap asalnya dari Johor Darul Takzim. Bihun sup, soto, tauhu bergedel, pisang goreng kurang 'kick' dan membosankan tanpa sos penyedap ini.
Perkongsian resipi sambal tersebut oleh pengguna Instagram, Lily Suryani Mohd di laman sosial Instagram menarik perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tuanku Permaisuri cukup terkenal dengan kehandalannya dalam hal memasak hingga resipi air tangannya menjadi tular.
Dalam hantaran berkenaan, Tuanku Permaisuri menerusi ruangan komen turut berkongsi petua meletakkan satu bahan untuk menambahkan kesedapan sambal kicap.
Bagaimanapun komen baginda mendapat reaksi kurang manis daripada seorang wanita yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.
"Sambal kicap tak ada letak belacan sis oii. Kebanyakan saya tengok resipi sambal tak ada belacan. Sis seorang jer letak belacan," kongsinya.
"Saya cuma cakap kalau letak pun sedap, cubalah try," titah baginda lagi.
Wanita berkenaan bagaimanapun dipercayai telah memadamkan komennya selepas menerima kecaman daripada warga maya. Ujar mereka:
-"Mohon behave sis berbahasa dengan Raja Permaisuri."
-"Boleh dah la delete komen ni. Hahaha. Buat malu rakyat jelata tak hormat Raja Permaisuri."
-"Bahasa biar molek sikit."
-"Bukan setakat 'sis', 'oii' lagi."
-"Lain orang lain lah resipi, memasak tak ada siapa salah dan tak ada sapa betul. Cara masing-masing."
Baca juga: Resipi paling mudah tauhu begedil dengan sambal kicap berapi, sedap berbaloi buat sendiri
Baca juga: Resipi mudah sambal kicap tahan lebih lama dan sedap!
Tidak hanya itu, ramai yang teruja ingin mencuba petua yang dikongsikan Raja Permaisuri itu.
-"Ya ALLAH patik nak try cara Tuanku. Belacan tu sapa tak suka. Memang menaikkan bau dan selera.
-"Wah baru tahu boleh tambah belacan. Nak cubalah nanti."
-"Raja Permaisuri memang terror bab memasak. Ampun Tuanku, patik tak sabar nak cuba."
RESIPI SAMBAL KICAP ALA RAJA PERMAISURI AGONG
Bahan-bahan
Cili padi hijau [BELI DI SINI]
Cili padi merah [BELI DI SINI]
Kicap lemak manis [BELI DI SINI]
Sedikit belacan [BELI DI SINI]
Cara penyediaan
1-Cuci bersih semua bahan-bahan manakala bawang dipotong dadu.
2-Panaskan minyak dan goreng bahan di atas sehingga layu.
3-Angkat dan kisarkan bersama dengan kicap manis.
4-Simpan dalam bekas dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!