BOLEH dikatakan semua orang suka sambal kicap sebab mudah nak buat dan menaikkan selera makan. Namun untuk menjadikannya lebih tahan lama disimpan mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Sinar Plus ingin kongsikan kepada anda tip membuat sambal kicap supaya dapat tahan lebih lama.

Bila tiba masa nak guna sambal kicap, ambil sahaja stok simpanan yang telah dibuat. Memudahkan kerja dan menjimatkan masa!

Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan untuk buat sambal kicap. Simple je cara nak membuatnya.

Bahan-bahan:

  • 1 genggam lada merah
  • Bawang putih
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Kicap manis secukupnya

Cara-caranya:

1)Goreng cili dan bawang putih

  • Mula-mula kupas bawang putih dan buangkan tangkai cili.
  • Selepas itu, gorengkan sekejap dalam minyak panas. Bila goreng, taklah rasa mentah. Sambal kicap pun boleh tahan lagi lama.
  • Tak perlu goreng lama sangat, agak-agak sudah masak nampak perang sikit.

2)Campurkan semua bahan lain

Iklan
  • Kemudian, masukkan bawang dan cili tadi dalam pengisar. Letakkan gula 2 sudu besar dan secubit garam.
  • Letak sekali kicap secukupnya. Tak kisah kicap jenama apa asalkan kicap manis.

3)Kisar

Akhir sekali kisarkan semua bahan tadi sampai hancur. Dah siaplah sambal kicap kita!

Bila dah siap, simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti ais. Disebabkan sambal kicap ini tahan lama, bolehlah buat sekali banyak dan buat stok terus dekat rumah. Senang bila nak makan dengan bihun sup, soto atau apa jua hidangan kegemaran anda.

Iklan

Walaupun simple, tapi cukup membuka selera. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK