PERGINYA bekas wartawan wanita generasi pertama Malaysia, Datin Seri Saleha Abdul Rashid, 87, atau nama sebenarnya Salmi Manja yang menghembuskan nafas terakhir semalam akibat sakit tua.
Karyawan ulung negara itu meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22 selepas dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Irsyad, Subang Jaya, Selangor.
Suri hati Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said itu adalah nama besar dalam dunia kesusasteraan negara.
Di sebalik karya-karyanya yang puitis, beliau juga merupakan seorang penulis. Allahyarhamah yang menggunakan nama pena Melati Desa dan Rashidah Salleh itu turut memperjuangkan hak wanita.
Berikut 10 fakta membanggakan penulis hebat ini:
1-Salmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Arab Darul Maarif dan Sekolah Inggeris Tong Chai di Singapura. Pada tahun 1956, beliaumengikuti kursus penulisan yang ditawarkan oleh penulis Melayu Harun Aminurrashid dan menjadi ahli kumpulanAngkatan Sasterawan '50 (ASAS 50) bersama Usman Awang.
2-Sebelum memulakan kerjayanya sebagai wartawan dan penulis, Salmi bekerja sebagai guru agama di bekas sekolahnya iaitu Darul Maarif di mana beliau menyumbang karya puisi kepada beberapa majalah tempatan.
3-Salmi kemudiannya menjadi wartawan Semenanjung dan Berita Harian.
4-Karya Allahyarhamah amat kental dengan isu wanita dan kewanitaan serta keislaman, di samping merupakan ahli Angkatan Sasterawan '50 (ASAS 50).
5-Salmi Manja adalah pengarang wanita yang banyak mencetuskan kesedaran menuntut keadilan sosial dan kebebasan hak wanita.
Baca juga: Dr Fatimah Hamid Don, profesor wanita Melayu pertama meninggal dunia, sumbangannya jadi inspirasi
Baca juga: 10 fakta Tun Tengku Maimun, lakar sejarah Ketua Hakim Malaysia wanita pertama
6-Beliau juga adalah bekas wartawan dan penulis veteran yang banyak menulis cerpen dan novel, antara yang terkenal ialah Hari Mana Bulan Mana, Sayang Ustazah Sayang dan beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi.
7-Pada April 1958, Salmi berkahwin A. Samad Said dan berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Sepanjang 1960-an dan 1970-an, beliau menerbitkan lima novel lain dan dua antologi cerpen dan puisi.
8-Selepas itu, Salmi meneruskan kerjayanya sebagai wartawan dan bekerja dengan Cahaya Lembaga dan Persatuan Wanita Islam Selangor.
9-Sungguh istimewa, salah satu karya A. Samad Said, Warkah Kapada Salmi Manja adalah himpunan surat-surat sasterawan itu yang dikirim kepada isterinya tercinta semasa mengembara ke negara luar.
10-Penulisan beliau bukan calang-calang dan pernah diangkat sebagai Karyawan Bulan Ini Dewan Sastera.
Memperjuangkan keadilan sosial dan kebebasan hak wanita negara ini menerusi penulisan, jasa bakti Salmi Manja terus dikenang kaum Hawa. Salam takziah buat Datuk Seri Dr A. Samad Said sekeluarga atas pemergian insan hebat ini, Al-Fatihah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!