'Bagusnya, kecil-kecil dah diajar buat kerja di dapur', Zain Saidin ajar anak perempuan siang ikan raih pujian
PERKONGSIAN terkini suami kepada pelakon Rozita Che Wan, Zain Saidin mencuri perhatian ramai apabila tampil berkongsi video mengajar anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.
Menerusi video tersebut, Aaisyah dilihat tidak kekok meskipun tanpa menggunakan sarung tangan dan.
Bahkan, itu percubaan kali pertama anak perempuan kepada pasangan tersebut menyiang ikan.
Selain Zain, kelihatan Mak Toknya yang setia di sisi dan turut sama mengajar Aaisyah.
Menjengah ke ruangan komen, anak pasangan selebriti itu mendapat pujian ramai. Rata-ratanya bangga melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu langsung tidak geli memegang ikan dan berjaya menyiangnya dengan baik.
Pada masa sama, warga maya turut memuji Zain sebagai seorang bapa misali. Beliau bukan sahaja melayan anaknya dengan aktiviti bermanfaat, bahkan sentiasa berkongsi content yang baik.
Ujar mereka;
"Bagus cara didikan Zain. Selalu puji anak, salah satu cara untuk motivasikan anak. Tahniah!"
"Menahan kegelian Aaisyah. Good content... terbaiklah Aaisyah dan daddy."
"Bagusnya... kecil-kecil dah diajar buat kerja di dapur.. Alhamdulillah dah besar nanti hebat Aaisyah di dapur."
"Suka content macam ni. Boleh jadi contoh yang lain, cuti sekolah ada aktiviti yang bermanfaat!
"Moga Aaisyah dah besar nanti, pandai di dapur macam Zain dan pandai bergaya macam Che Ta."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!