‘Nampak sangat mummy dah tua.’ Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

SETIAP kali Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik perkongsian mengenai Aaisyah Dhiya Rhana, pasti akan mendapat perhatian warga maya.

Keletah dan gelagat anak perempuan tunggal selebriti tersebut nyata cukup menghiburkan.

Ditambah pula dengan loghat utaranya yang pekat selain gayanya yang cukup bersahaja mengundang rasa lucu orang ramai.

Walaupun baru berumur sembilan tahun, namun Aaisyah cukup gemar bergaya.

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

Suka mekap dan tampil cantik antara ciri-ciri yang diwarisi oleh ibunya yang sememangnya cukup sinonim dalam menjaga kecantikan.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Justeru, tidak hairanlah, jika Aaisyah turut terikut-ikut. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Menerusi hantaran terbaharu isteri kesayangan Zain Saidin itu, beliau meluahkan rasa terkejut kerana anaknya itu sudah pandai meminta dibelikan barangan mekap.

Perbualan dua beranak itu dimuat naik di dalam sepotong video menerusi laman Instagram rasmi milik anaknya itu.

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

Che Ta ketika itu bertanyakan kepada anaknya tentang hadiah yang diingini sempena hari jadinya.

Baca lagi ‘Bertocang dua, sapu lip gloss tetap letop. Anak Che Ta kan.’ Gaya Aaisyah ke sekolah dipuji cantik macam barbie doll!

 

JENAMA MEWAH

Sambil mengoles mekap ke wajah comelnya, Aaisyah menyebut satu persatu jenama barangan mekap itu.

Che Ta terkejut mendengar permintaan anak perempuannya itu, malah beliau mengakui Aaisyah jauh lebih arif dalam bab-bab tersebut berbanding dirinya.

“Mummy tak penah dengar nama-nama skincare yang Aaisyah nak itu. Nampak sangat mummy sudah tua,” ungkap Che Ta.

Menurut anak kelahiran Kedah itu lagi, barangan berjenama mewah yang diminta anaknya itu boleh dikatakan agak mahal harganya.

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

Baca lagi ‘Baju ‘letup’, pemandangan cantik. Memang ‘queen’ betul.’ Perkongsian Che Ta bercuti di Bali raih perhatian

Antaranya The Ordinary, Drunk Elephant dan Glow Recipe.

Gelagat dua beranak tersebut mengundang rasa lucu mereka yang menonton video berkenaan.

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh warga maya:

‘Bukan biasa-biasa skincare Aaisyah nak.’

Iklan

‘Tak payah pakai lagi lah dik. Muka fresh lagi, awak dah cantik dah.’

‘Comel lah Aaisyah, tak ada gigi tengah pun tetap cute.’

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

‘Aaisyah ni sama macam adik saya, umur pun sama. Memang suka betul mekap.’

‘Kecil-kecil lagi Aaisyah sudah pandai mekap. Mummy pula siap tanya nak hadiah apa.’

‘Beruntung sangat-sangat dengan rezeki yang Aaisyah dapat. Saya dulu cuma pakai bedak sejuk yang diperbuat daripada beras je.’

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

Baca lagi ‘Cantiknya Ecah walau tak ada gigi. Mata besar, hidung mancung.’ Gelagat Aaisyah Dhia Rana berlakon ala mami jarum raih perhatian!

‘Habislah, bakal menantu kena cari yang jutawan ni. High maintainance sangat!’

Iklan

‘Untunglah anak perempuan seorang.’

‘Bagus Che Ta ni, layan Aaisyah macam kawan. Comelnya.’

Memang bertuah betul Aaisyah ni kan bukan sahaja bergelar anak selebriti, malah turut mewarisi kecantikan ibunya.

Suka betul admin tengok gelagatnya yang bercakap loghat utara dengan Che Ta. Sebiji ikut perangai mummy. ✌️💞

Sumber: Instagram aaisyahdhiarana111

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang