SEMPENA ulangtahun kelahiran yang bakal disambut 11 Januari ini, Datuk Sri Siti Nurhaliza menyambutnya dengan cara yang istimewa kali ini iaitu terbang ke Tanah Suci Makkah.
Bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-45 tahun, penyanyi nombor satu negara itu berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua
Turut bersama beliau yang lebih mesra digelar Tok Ti ialah suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Pada masa sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu turut memaparkan wajah Noor Kartini yang merupakan ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa yang turut berada dalam penerbangan yang sama.
"Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.
"Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak.Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.
"Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, Semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri. Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan," katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian dalam satu majlis sidang media konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza semalam.
Sementara itu, dalam Instagram milik syarikat JayIbrahim Al Islam UMRAH HAJJ Premium Ticketing & Tours, satu ucapan khas ditujukan kepada Siti Nurhaliza sempena keberangkatannya ke tanah suci bersama ahli keluarga lain.
"Kepada semua followers Jay Ibrahim Al Islam yang dirahmati Allah SWT. Marilah kita sama - sama angkat tangan mendoakan agar kesayangan kita Datuk Sri Siti Nurhaliza @ctdk dan Keluarga Besarnya Datuk Sri Khalid , Siti Aafiyah, Muhammad Afwa, Bonda Nab dan Bonda Salmah serta ahli rombongan CTDK dan Yayasan Nurjiwa di limpahi kemudahan dan kesihatan sepanjang perjalanan ibadah menuju ke Madinah bertemu Baginda Rasullullah SAW dan seterusnya ke Kaabah Makkah Mukarammah.
"Semoga dengan asbab musafir ini Allah jentik hati kita semua untuk lebih berkasih sayang antara satu sama lain dan Allah bantu untuk melancarkan setiap perjalanan hidup kita semua tidak kira dalam apa jua bidang yang kita semua ditakdirkan.
Pada masa sama, syarikat berkenaan menitipkan ucapan selamat hari lahir buat penyanyi terkenal itu.
"Selamat Hari Jadi Datuk Sri Siti Nurhaliza. Semoga Panjang Umur, Sukses dalam setiap Perniagaan dan segala bidang dan seterusnya menjadi Billionare Yang di Rahmati dan dilindungi Allah SWT.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang