‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

DATUK Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Satu nama yang cukup gah di Nusantara. Bukan hanya kerana pencapaian ulungnya, tetapi keluhuran budi dan sikap merendah diri yang sentiasa menambat perhatian.

Pada tahap ini, tidak perlulah untuk disingkap berapa jumlah trofi yang sudah memenuhi almarinya. Semua orang sudah tahu kehebatan empunya diri.

Namun, seperkara yang ajaib tentang Siti Nurhaliza adalah bagaimana beliau terus bertahan pada saat gelombang era muzik silih berganti.

Dirinya tetap mara ke hadapan. Setiap naskhah dibawa menjadi sanjungan. Belantara seninya sangat dikagumi, sentiasa teratas dan tidak pernah pudar.

Baca ni ‘Tak perlu cipta helah raih perhatian.’ Jadi diri sendiri & anggap kerja ibadah, resipi Alif Satar sifar kontroversi 

Siti

Jadi, tak perlu menjadi api dalam sekam menidakkan fakta beliau ialah penyanyi nombor satu negara. Percayalah, naratif provokatif itu hanya memakan diri.

Tuan punya badan bukan sejenis mudah dimomokkan. Dirinya setenang air di lautan. Bagi Siti Nurhaliza, beliau memiliki misi dan visi yang lebih agung.

Pada saat ini, fikirannya lebih terarah dalam memperjuangkan nasib warga Palestin yang kini teruk dizalimi Zionis.

Walau pernah disekat, beliau tanpa jemu terus memuat naik tentang warta penting dari Semenanjung Gaza.

Bukan sekarang, tetapi sejak tahun 2021, beliau menerusi Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Kita Fund melancarkan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin.
Kebimbangan yang diluahkan tentang keselamatan Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza turut meruntun hati kita yang mendengarnya.

Demi menzahirkan rasa kemanusiaannya, Siti Nurhaliza juga sanggup menangguhkan perancangan mengadakan konsert.

Baca ni ‘Bukan riak nak tunjuk kekayaan, kami mahu memberi inspirasi kepada orang lain.’ Wawa Zainal beri jawapan padu

siti

“Krisis yang melanda saudara kita di sana membuatkan saya memilih untuk berbuat demikian. Saya merancang untuk menganjurkan majlis mengutip dana di bawah Yayasan Nurjiwa sebagai tanda solidariti. Hasilnya boleh membantu pembangunan dan keperluan yang diperlukan oleh rakyat Gaza ketika ini,“ ujarnya dengan wajah duka lara.

Doa krisis berakhir
Pun demikian, figura yang tersenarai dalam The Muslim 500: The World‘s 500 Most Influential Muslims itu mengakui, beliau tidak menolak sebarang jemputan peribadi.

“Setakat ini hanya konsert KFC dibatalkan. Jika ada jemputan majlis hari lahir atau majlis sahabat baik, saya menerimanya.

siti

Baca ni Amyra Rosli tak pernah anggap media sosial satu platform toksik. Ini pengalaman yang dikongsikan…

“Cuma saya akan selitkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan kena mengena dengan hal yang sedang meledak sekarang,“ ujar isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu lagi.

Kami masih rancak berbicara tentang isu Palestin. Ungkap Siti Nurhaliza, meski tiada pengorbanan mega dilakukan, dirinya terus melakukan jihad kecil.

 

Sebagai tanda hormat, beliau tidak memuat naik sebarang aktiviti atau majlis tertentu berkonsepkan hiburan.

“Itu yang saya cuba lakukan, kita tak mampu berjihad lebih. Ini antara cara yang saya boleh tunjukkan. Kita tak boleh nak halang orang lain mengikut cara kita, itu hak masing-masing.

“Paling penting, kita sama-sama panjatkan doa buat saudara kita yang sedang diuji,“ ungkapnya.

siti

Ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu turut ditanya tentang pemboikotan produk dari Israel yang sedang dilaksanakan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.
Sedar topik tersebut terlalu sensitif, Siti Nurhaliza gusar setiap patah yang diucapkan disalah tafsir.

“Begini, saya pun merasai dan bersimpati. Pada masa sama, kita lihat ada yang mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Apa yang saya boleh katakan, semoga krisis ini cepat berakhir kerana ramai yang terkesan,“ ujarnya.

Dari jalur lain, pemilik 329 anugerah itu juga terharu melihat sokongan dan simpati golongan bukan Islam terhadap nasib rakyat Palestin.

Baca ni ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Sudah berada di depan mata, maka perkembangan Sekolah Afwa Al-Afiyah terus diajukan.
Setakat ini, kata pelantun lagu Menyapa Dunia itu, lebih 100 kanak-kanak kini selamat.

Namun demikian, sedih untuk dimaklumkan, persekitaran sekolah rosak teruk akibat bedilan peluru. Akibatnya, semua terpaksa berpindah ke Selatan Gaza sehelai sepinggang.

“Memang pilu, tambahan sekarang dah nak masuk musim sejuk. Setakat ini, pihak Yayasan Nurjiwa telah menghantar bantuan ke sana berupa pakaian, selimut dan makanan.

“Alhamdulillah, ALLAH melindungi mereka. Apabila krisis berakhir, insya-ALLAH kita bermula semula. Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin,“ katanya melaungkan keyakinan.

Baca lagi Pembedahan bariatrik, anak sulung viral, jus detoks buatan sendiri. Ziana Zain bicarakan hal itu dalam temu bual eksklusif SinarPlus

siti

Suara aset penting
Kami meninggalkan seketika tentang dunia Palestin yang akan terus tersemat rapi dalam sukma. Ritma perbualan beralih pula kepada topik suara yang menjadi aset utama seorang penyanyi.

Mungkin ramai sudah tahu, Siti Nurhaliza, 44, pernah mengakui dirinya hampir berputus asa dan reda jika masalah gangguan pada peti suara tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih seperti sedia kala.

Sampaikan beliau terfikir, mungkin ALLAH mahu menarik nikmat suara bak buluh perindu itu.

Natijahnya, beliau mengambil masa tiga bulan sebelum melangsaikan proses rakaman album terbaharunya, Sitism.

Baca lagi ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

“Ramai sudah mengetahui saya menghadapi masalah suara hampir dua tahun. Alhamdulillah, saya juga mendapatkan rawatan pakar dan semakin pulih, namun sentiasa berhati-hati.

“Doktor beritahu, proses pemulihan akan mengambil masa. Ya, saya masih aktif membuat persembahan, tetapi tidak sekerap dulu.

Iklan

“Kalau direnung kembali, apa yang saya ada ini hanyalah pinjaman daripada ALLAH. Saya berusaha menjaganya sebaik mungkin,“ kongsi bintang hati kesayangan ramai itu.

Barangkali di sebalik kesabarannya, lagu-lagu dalam album Sitism telah mendapat lebih1.6 juta penstriman sejak dilancarkan pertengahan September lalu.

siti

Baca lagi Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Satu persoalan, adakah itu satu petanda Siti Nurhaliza perlu memperlahankan aktiviti seni? Jujur katanya: “Benar, saya memang tidak seaktif dahulu dalam membuat persembahan dan hanya memilih lagu-lagu yang bersesuaian kerana graf kesihatan kini.

“Adakalanya suara menjadi serak. Sebelum melakukan sesuatu, saya akan berbincang dengan pengarah muzik terlebih dahulu.“

Bisnes, Aafiyah & Afwa
Semestinya, seorang yang bernama Siti Nurhaliza tidak akan berdiam diri. Berpeluk tubuh? Itu bukan diri beliau.

Dalam rencana terbaharunya, Presiden CTDK Holdings Sdn Bhd yang juga merangkap pengasas SimplySiti dan BeauSiti baru-baru ini memperkenalkan wajah baharu produk Beausiti iaitu Rita Nadira.

Menerusi kempen BeauSiti Revolusi Dirimu, satu drama pendek enam episod bertajuk Sampai Bila dibintangi aktres tersebut bersama beberapa pelakon lain telah ditayangkan pada 20 November lalu menerusi Instagram BeauSitiOfficial dan CTDK.

Menurut penyanyi merentas zaman itu, Beausiti antara lain turut melancarkan platform komuniti wanita, selaras dengan misi untuk menjadi sahabat karib kaum Hawa dalam membangunkan kemahiran diri demi mencapai matlamat hidup yang lebih besar.

Baca lagi Membawa aura persis Wan Zaleha Radzi, pembaca berita TV3, Nadia Azmi curi tumpuan. Turut guna platform TikTok sebar ilmu

siti

“BeauSiti turut membuka peluang dan menjadi platform kepada sesiapa sahaja yang mahu berniaga dan menjadi usahawan produk ini.

“Alhamdulillah, sehingga kini, jenama ini (BeauSiti) berdiri teguh bersama hampir 1,000 orang usahawan yang terdiri daripada stokis dan ejen,“ katanya.

Iklan

Perbualan penulis dengan srikandi pujaan ramai itu sedikit pun tidak melelahkan. Insan berpengaruh tersebut pun tidak pernah menunjukkan riak keresahan dengan soalan bertubi-tubi pengamal media.

Baca ni ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Kali ini, pertanyaan penulis sederhana sahaja. Lari sedikit daripada dunia penglipur lara, Siti Nurhaliza disoal memilih hobi berbasikal yang menuntut stamina yang tinggi dan agak berisiko?

“Sejak saya bersekolah, saya seorang yang aktif dan begitu juga sekarang. Saya memang suka bersenam dan bersukan. Selain berbasikal atau joging, saya ada jurulatih muay thai dan pilates di rumah.

“Saya beruntung kerana suami saya begitu berdisiplin dalam senaman dan beliau juga yang selalu memberi semangat. Semuanya kami lakukan bersama-sama,“ ujar beliau yang pernah berdepan dengan kemalangan kecil sehingga menyebabkan lutut kirinya tercedera.

Baca ni ‘Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.’ Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

Apa khabar putera puteri yang sering menjadi soroton di media sosial? Senyumannya merekah tatkala membutirkan perkembangan Siti Aafiyah yang kini berusia lima tahun dan Muhammad Afwa, 2. Masing-masing punya karakter tersendiri, ungkap beliau.

“Si kakak (Aafiyah) seorang yang kreatif, mudah untuk mempelajari sesuatu. Beliau juga cepat sensitif kalau saya lebih memanjakan adiknya. Sementara Afwa pula anak yang sudah mula nampak seorang yang sukakan kereta, agresif tetapi pemalu.

“Walaupun saya sentiasa menurut permintaan mereka, namun ada hadnya. Sebagai contoh, bab pengambilan makanan segera atau jajan. Saya memang jarang membelinya atau memperkenalkan makanan tersebut kepada mereka.

“Pun begitu, sesekali saya benarkan. Apa yang saya titik beratkan agar anak-anak mengambil makanan berkhasiat,“ katanya ringkas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang