'Rehat dan tenanglah cinta hati saya.' Faizal Tahir kongsi berita duka, ibu meninggal dunia

Iklan
20240114_123126_0000

 

PENYANYI dan komposer terkenal, Faizal Tahir berkongsi berita duka ibunya, Muzlipah Aishah Pawanteh meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Perkongsian tersebut dimuat naik Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir menerusi hantarannya di Instagram.

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada DIA jualah kami kembali.

Iklan

"Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia. Kami menyusul kemudian. Insya-ALLAH," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, ayah kepada tujuh cahaya mata itu memohon orang ramai menitipkan doa buat kesejahteraan ibunya.

"Kepada yang mengenali ibu saya, mohon dihalalkan segala makan minum dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap beliau selama dalam kenalan.

"Terima kasih. Jazaakumullaahu khayr.

Allahummaghfırlaha warhamhaa wa'aafihaa wa'fu 'anhaa," katanya.

 

Sementara itu, penyampai radio Zayan FM yang juga adik kepada Faizal dalam Instagramnya meluahkan perasaan sedih dan penghargaan buat permaisuri hatinya.

"Mama.. terima kasih doakan anak mama selama 48 tahun. Terima kasih mama usung anak-anak mama dalam perut sampai bengkak kaki untuk tujuh orang anak termasuk seorang yang mama pernah gugur dulu.

"Sekarang anak-anak mama akan doakan mama pulak dengan berbaki usia hidup kami yang menjadi rahsia ALLAH Azzawajalla ni okay mama," ujarnya.

Baca juga: Bintang X-Men and Designated Survivor, Adan Canto meninggal dunia

Baca juga:

Katanya lagi, beliau akan merindui setiap saat bersama dan mendoakan kesejahteraan cinta hatinya.

"Mama... Maaf banyak buat tergelak dengan Anas walaupun dalam mama duduk terbaring hari itu. Anas tak buat lawak. Tapi mama tergelak jugak sampai anas cakap.."mama jgn la gelak okay mama tak larat tu".

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!