PELAKON Hollywood, Adan Canto dilaporkan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat kanser.

Bintang Mexico-Amerika itu terkenal menerusi dalam siri Fox The Cleaning Lady dan pernah muncul dalam X-Men and Designated Survivor.

“Canto meninggal dunia pada 8 Januari lalu akibat penyakit kanser.

“Beliau mempunyai semangat yang kuat. Pastinya selepas ini ramai yang akan merinduinya,” kata satu sumber.

 

Untuk rekod, pelakon tersebut meninggalkan isteri, kawan baik dan pasangan sejiwanya, Stephanie Ann Canto serta dua anak, Roman Alder yang berusia tiga setengah tahun dan Eve Josephine, satu setengah tahun.

Sekadar makluman, Canto dilahirkan di Ciudad Acuña, Coahulia, Mexico dan membesar di Del Rio, Texas.

Memetik laporan Deadline, selepas didiagnos penyakit tersebut, pelakon berkenaan tidak dapat kembali ke penggambaran The Cleaning Lady untuk musim ketiga yang bermula pada bulan Disember lalu.

Baca juga:Sempat tunai hajat anak, wartawan kritikal di London meninggal dunia, sel kanser merebak seluruh badan

Selain itu, dilaporkan bahawa siri berkenaan bakal memberi penghormatan kepada mendiang dengan kad peringatan semasa tayangan perdana yang akan disiarkan 5 Mac nanti.

Dalam rekod, Canto pernah membintangi filem thriller Designated Survivor sebagai naib presiden, Aaron Shore.

Baca juga:Kematian yang indah. Rebah ketika solat, imam meninggal dunia dalam sujud undang sebak

Iklan

Beliau juga mempunyai minat dalam muzik sejak awal dan menulis lagu untuk rancangan TV Mexico.

Baca juga:Pergi selamanya, penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun

Peranan TV pertamanya adalah di Estado de Gracia pada tahun 2009 selain pernah membintangi adaptasi pentas All About My Mother karya Pedro Almodovar.

Canto juga pernah mengarahkan dua filem pendek berjudul Before Tomorrow dan The Shot.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang