Punten makanan tradisi orang Jawa. Makan dengan sambal hijau memang umphh. Wajib cuba ni!

Iklan
Featured image (60)

PUNTEN merupakan sajian masyarakat Jawa.

Sekali lihat ia seperti nasi impit. Pun demikian, rasa juadah berbentuk lonjong itu lebih berlemak.

Iklan
Iklan

Ia mempunyai rasa seakan nasi lemak kerana dimasak menggunakan santan.

Hidangan tersebut menjadi viral di Facebook apabila ramai yang berkongsi tentang kelazatannya selepas mencuba untuk memasaknya sendiri.

Iklan

Ramai yang berkata, menu yang satu ini lebih enak jika dinikmati bersama sambal hijau. Walaupun pedas tapi tak boleh berhenti makan.

Iklan

Justeru, untuk resipi kali ini SinarPlus kongsikan kaedah membuat makanan tradisional tersebut.

Lebih menarik, resipi oleh pengguna Facebook, Wan N Wan M tersebut turut menyediakan cara memasak sambal hijau bilis.

 

Sedap! Memang cukup rasa.

Untuk mak-mak yang dah buntu nak masak apa untuk sarapan pagi, anda wajib cuba.

Baca juga: Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resipi sambal hijau bilis

Bahan-bahan

8 biji cili hijau

35 biji cili padi hijau

2 biji tomato hijau

10 ulas bawang merah [BELI DI SINI]

8 ulas bawang putih [BELI DI SINI]

2 sudu kecil garam [BELI DI SINI]

2 sudu kecil gula perang [BELI DI SINI] (boleh juga guna gula biasa)

1 sudu kecil serbuk pati ayam [BELI DI SINI] (Kalau tak ada, boleh ganti dengan kiub ayam)

Ikan bilis [BELI DI SINI]

Baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

Cara penyediaan:

1. Goreng bawang putih dan merah terlebih dahulu.

2. Setelah kekuningan, masukkan lada besar dan kecil.

3. Goreng lagi sehingga nampak sedikit layu sebelum dimasukkan tomato. Sejukkan.

4. Masukkan dalam chopper atau blender dan kisar kasar.

5. Tambah sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga berubah layu.

6. Tambah gula, garam dan serbuk pati ayam.

7. Teruskan memasak menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul masak. Sedia untuk dihidang bersama ikan bilis yang telah digoreng.

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Resipi punten

Bahan-bahan

2 pot beras [BELI DI SINI]

Santan segar / 1 kotak kecil santan ditambah 5 pot air

Air

1 sudu kecil garam [BELI DI SINI]

1 ulas bawang merah  [BELI DI SINI](dihiris halus)

1 inci halia (dihiris halus)

Baca juga: Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Cara penyediaan:

1. Masak nasi sehingga air kering.

2. Lenyekkan nasi dan kepal-kepalkan menjadi bentuk yang dimahu.

3. Sedia dihidang.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang