SEBUT sahaja laksa, ramai yang menggemarinya.

Kesedapan hidangan itu terletak pada kuah dan keseimbangannya rasanya.

Pun demikian, untuk menghasilkan kuah juadah itu, anda memerlukan kerajinan.

Hal ini kerana proses mengasingkan tulang ikan dan isinya mengambil masa agak lama.

Kalau sekadar mahu makan dua tiga beranak sahaja, SinarPlus cadangkan supaya cuba resipi yang dikongsikan oleh Rozie Abd Rahim.

SUMBAR gambar hiasan daripada CANVA.

Menerusi satu entri di Facebook, wanita tersebut memasak laksa menggunakan ikan sardin tin manakala ikan segar pula dimasukkan terus ke dalam kuah tanpa dikisar.

Dijamin sedap dan anda wajib cuba.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Masak rendang bolognese & karbonara laksa gandum guna produk organik. Bukan saja sedap, tapi berkhasiat

SUMBAR gambar hiasan daripada CANVA.

RESIPI LAKSA IKAN SEKOQ

Bahan-bahan
1 bungkus laksa  [BELI DI SINI] – direndam semalaman dan direbus
155gram (g) / 1 tin kecil ikan sardin [BELI DI SINI] – dibuang tulang tengah dan dilenyek kasar
425g / 1 tin besar ikan sardin [BELI DI SINI] – dibuang tulang tengah dan dikisar
*10 hingga 12 biji cili kering [BELI DI SINI] – direbus terlebih dahulu
*2 ulas bawang besar [BELI DI SINI]
*4 ulas bawang merah [BELI DI SINI]
*4 hingga 6 ulas bawang putih [BELI DI SINI]
*1 inci belacan  [BELI DI SINI] – dibakar
*Air (mengikut kepekatan kuah yang dimahu)
1 sudu teh serbuk lada hitam [BELI DI SINI]
4 hingga 6 keping asam keping [BELI DI SINI]
Bunga kantan
Daun kesum
4 hinggs 5 ekor ikan kembung (pilihan) [BELI DI SINI]

Baca juga: Sedapnya laksam, terasa ikannya. Ini resipi mudah, first time buat pun confirm jadi

Bahan untuk hiasan

Iklan

Hirisan daun salad
Timun
Bawang besar
Cili merah
Cili padi
Limau kasturi
Telur rebus

Baca juga: Hampir 2,000 share, resipi mudah laksa Kedah guna ikan kayu

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk. Masak biar mendidih sehingga cili masak.
2. Masukkan ikan sardin yang telah dikisar dan dilenyek kasar.
3. Tambah air, bunga kantan, daun kesum, asam keping dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih hingga kuah laksa masak.
4. Perasakan dengan garam.
5. Akhir sekali masukkan ikan kembung.
6. Biarkan mendidih sekejap dan boleh padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Iklan

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang