Lantai rumah licin berkilat, rahsianya guna dua bahan ini jer. Jubin bersih, bersinar dan tak melekit

Iklan
Featured image (68)

RAMAI yang akan frust apabila penat-penat mop lantai rumah tetapi nampak tak bersih.

Kediaman yang menggunakan lantai jenis mozek selalu berdepan dengan masalah tersebut.

Iklan
Iklan

Disebabkan itu ramai mak-mak sanggup mengeluarkan lebih belanja untuk membeli pencuci lantai yang mahal.

Iklan

Namun demikian, sesetengah produk tersebut masih tidak memuaskan hati.

Anda sebenarnya tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan lantai rumah yang kesat dan berkilat.

Iklan

Pencarian SinarPlus di laman TikTok menemui tip kilatkan lantai yang menjimatkan tetapi dijamin berkesan.

Baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

Seorang pengguna menggunakan username Iska Puteri telah berkongsi kaedah untuk menghasilkan pencuci lantai yang murah tapi mampu membersihkan mozek dengan baik.

Hasilnya sangat memuaskan hati.

Lantai rumah bukan sahaja berkilat, malah tidak melekit.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

 

Baca juga: Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu

Bahan-bahan

1. Sabun pencuci pinggan [BELI DI SINI]

2. Air

Baca juga: Wanita ini kongsi DIY sabun basuh baju. Bukan je jimat, pakaian pun wangi & tak bau kepam

Cara penyediaan:

1. Campurkan 2 atau 3 titik sabun cecair pencuci pinggan ke dalam 1/3 air di dalam baldi [BELI DI SINI]

2. Tak perlu mop yang canggih, guna baldi dan mop [BELI DI SINI] jenis biasa sahaja agar kita boleh perah kuat-kuat sehingga kain mop tak terlalu basah.

3. Setelah diperah, terus mop lantai.

4. Bersihkan semua lantai seperti biasa.

5. Siap.

Mudah sungguh dan yang paling penting bahan yang digunakan memang sentiasa ada di rumah.

Anda semua wajib cuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang