Kreatif dan cantik. Wanita ini kongsi DIY hantaran puding laici macam orang dulu-dulu

ORANG tua-tua dahulu kata, majlis pertunangan kena ada manisan supaya hubungan sentiasa manis hingga ke hari perkahwinan.

Jadi, tak hairanlah coklat, kek dan puding masih menjadi antara makanan yang dijadikan item hantaran untuk acara istimewa tersebut.

Ia lazimnya digubah supaya nampak cantik apabila diletakkan di atas dulang.

Pun begitu, kos untuk menempah gubahan hantaran sekarang bukanlah murah.

Harga untuk satu dulang boleh mencecah puluhan ringgit. Memang tak masuk akal, kan?

Hmm…Kalau nak jimat, kenalah buat sendiri.

Menerusi satu petikan video TikTok yang kami temui, seorang pengguna (bouquetcikmunaa) berkongsi satu kaedah mudah menghasilkan gubahan puding buah laici seperti hantaran pertunangan orang dulu-dulu.

Baca juga: Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Puding laici
2. Span nipis rona merah jambu
3. Kertas crepe rona merah
4. Getah

Baca juga: ‘Projek dekor hujung minggu.’ Lelaki ni DIY pintu kabinet dapur guna wallpaper je. Jimat kos & nampak baharu!

Iklan

Cara penyediaan:

1. Potong span nipis dan kertas crepe merah untuk dijadikan kulit laici.
2. Lekatkan span pink pada sekeliling puding dan jadikan seakan buah laici yang separuh terbuka.
3. Lekatkan pula kertas merah sebagai kulit laici.
4. Ikat kemas hujung puding tersebut menggunakan getah.
5. Susun puding laici di atas dulang.
6. Boleh selitkan daun mengikut kreativiti.
7. Siap.

Baca juga: Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

Hasilnya nampak cantik dan kreatif. Bahan yang digunakan juga mudah hendak diperolehi.

Iklan

Lepas ni dah tak perlu tempah mahal-mahal. Buat sendiri sahaja.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang