'Aku akan tuntut keadilan pemergianmu...' Ujian DNA sahkan rangka milik Bella, kakak akui ujian berat keluarga, takkan berdiam diri

Iklan
1

MISTERI kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Shamsusah, 32, atau Bella selama 38 hari akhirnya terungkai apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan rangka yang ditemui di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat adalah miliknya.

Sedih menerima kenyataan adik bongsu yang disayangi maut dalam keadaan menyayat hati, kakak Bella, Norhisham Shamsusah, 36, berjanji menuntut keadilan.

Iklan
Iklan

Norhisham dalam hantaran di Facebook meluahkan kedukaan dan berkongsi pengurusan jenazah yang akan dikebumikan hari ini.

Iklan

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

Baca juga: Kejamnya! Pembuat roti canai diperkosa & dikelar ditemui maut, 5 anak hilang ibu sekelip mata, ini kronologi menyayat hati

Iklan

"Pagi esok (hari ini) jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail dan dibawa pulang ke Batu Pahat. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang.

"Mohon semua rakan dan kenalan serta warga Batu Pahat datang solatkan Bella buat kali terakhir. Saya tahu tanpa doa, usaha dan ikhtiar daripada kalian kami tak dapat menemui Bella," titipnya.

Lebih sebulan menanti kepulangan adik tercinta, Norhisham pasrah dengan ketentuan. Pun begitu, beliau menyatakan tidak akan berdiam diri.

Dalam hantaran lain, wanita itu berkongsi telah menemui telefon bimbit milik Allahyarham.

"Telefon bella djumpai dan disorok tetapi tidak dlupuskan. Nasib menyebelahi kami kerana suspek tidak tahu password Iphone Bella.

"Mungkin kalau tahu dia sudah reset habis. Saya cuba bertanya kepada kawan-kawan Bella sekiranya mereka tahu password namun Bella tidak pernah beritahu kata laluan telefonnya.

"Saya dan anak-anak memang tahu kata laluan. Kalau jumpa memang telefonnya anak-anak saya buat main games dan edit gambar," ujarnya.

Mengenang kembali memori bersama, Norhisham berkata Bella seorang yang penyayang dan akrab dengan anak buah.

Baca juga: Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Baca juga: Jahidah Nordin dipukul ketika hamil hingga koma, bekas suami diperintah bela diri, 5 info terkini

Pemergian Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata iaitu Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisa DNA mengesahkan identiti rangka adalah milik Bella dan sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakaknya.

Ismail berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek lelaki termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Sumber: Astro Awani, Mia Icha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!