Hobbitoon jadi tarikan baharu, lokasi wajib singgah sebelum ke Cameron Highland. Ramai syor datang awal pagi

Iklan
Hobbitoon

KREATIF dan memang cantik! Perkampungan orang kenit, Hobbitoon menjadi tarikan ekopelancongan terbaharu di Simpang Pulai, Perak.

Nampaknya ramai teruja apabila destinasi tersebut dibuka kepada umum pada awal bulan ini.

Iklan
Iklan

Mesti ramai yang berkira-kira nak masukkan Hobbitoon Village sebagai wish list untuk misi jalan-jalan nanti. Betul tak?

Gembira dengan pembaharuan yang dibangunkan di kawasan itu, Noor Ashikin dalam akaun Facebook juga mempelawa orang ramai untuk berkunjung ke sana.

Iklan

"Tempat itu dibuka pada 1 Januari lepas dan jarak lokasi hanya 33 kilometer jer daripada Petronas Simpang Pulai-Lojing.

Iklan

"Bermakna lokasi ini bukan di Pahang tetapi masih di Perak ya. Akhirnya ada juga pembangunan di kawasan Perak yang ohsem sebelum ke Cameron Highland,” tulisnya.

Sempat juga Noor Ashikin mempromosikan Homestay Chinta yang terletak di tanah tinggi berkenaan dengan harga kasih sayang.

 

Sementara itu, Bib Abd Hamid dalam posting di Facebook turut mengesyorkan orang ramai untuk datang beriadah di sana kerana mempunyai port yang cantik untuk OOTD.

Pesan beliau, seeloknya datang awal pagi sebab cuaca tak panas.

"Angin kuat di bahagian atas. Ada cafe menyajikan makanan dan minuman. Dekat sini angin kuat dan terasa nyaman,” kongsinya.

Seorang lagi peminat filem Lord of the Ring, Kin Sulong juga tak ketinggalan berkongsi pengalaman berlibur di sana.

Meskipun impian untuk ke Perkampungan Hobbiton di New Zealand belum kesampaian, namun Hobbitoon Village sudah cukup menggembirakan hatinya.

Baca juga Rasai kehangatan aura Lord Of The Rings dengan menginap di Humble Hobbit Home Kundasang

Cerita beliau, jika membuat carian di Google, jangan terkeliru dengan Hobbiton Village yang terletak di Cameron Highland memandang tempat itu masih di kawasan Simpang Pulai.

"Saya memang pergi awal pagi sebab tak banyak orang lagi. Parking pun senang sebab luas dan percuma. Lagi satu, kemudahan tandas memang tip top.

"Paling istimewa pastilah rumah Hobbiton, sebiji macam dalam filem. Rumah ada banyak dan dihiasi log kayu serta kapak. Tempat yang cantik sebab banyak pokok bunga iklim sejuk," tulisnya.

Tambahnya lagi, terdapat kafe untuk pengunjung mengisi perut sambil menikmati panorama alam yang sungguh menenangkan.

Baca juga Seperti berada dalam filem The Lord of the Rings, Muzium Ilusi hadirkan magis buat kita kagum

"Ada juga kafe untuk kita duduk sambil menikmati makanan dan minuman. Sempatlah order cappuccino yang pekat dan sedap tu. Memang sedap, sumpah!

"Keseluruhan kami habiskan masa kira-kira sejam berjalan dan ambil gambar di setiap unit rumah. Taklah penat sangat berjalan,” katanya yang memberitahu terdapat kedai cenderamata di sana.

Memang menarik kalau diteliti satu persatu foto yang dikongsikan. Nampak betul suasana dingin dan nyaman dengan landskap yang indah.

Nampaknya kena susun masa terbaik nak singgah ke sana. Almaklumlah kalau tak kena waktu, bersusun kenderaan nak daki ke pusat peranginan tersebut.

Jenuh nak kena tunggu lama dengan bersempit dengan orang ramai. Apapun, memang best perkampungan Hobbitoon tersebut.

Okey, selamat berhujung minggu.

Hobbitoon

  • Alamat: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Sungai Raya, Perak
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Harga tiket: RM40 (dewasa) dan kanak berusia 5 hingga 12 tahun (RM20)
  • Instagram: @hobbitoon_village

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang