Rasai kehangatan aura Lord Of The Rings dengan menginap di Humble Hobbit Home Kundasang

A
A
A

JIKA kalian mahu menginap di lokasi percutian yang unik, Humble Hobbit Home yang terletak di Kampung Sinisian, Ranau, Kundasang, Sabah adalah salah satu pilihan terbaik.

Persis perkampungan orang kerdil dalam filem Lord of The Ring, Humble Hobbit Home yang terletak di lereng bukit menawarkan pemandangan pergunungan yang cukup mempesona.

Pada masa sama, kata pemiliknya, Kang Fairuz, penginapan tersebut juga memberi peluang kepada para pelanggan melihat matahari terbit di sebalik Gunung Kinabalu.

Ujarnya, kamar di Humble Hobbit Home diperbuat daripada kayu terpakai dan batunya dibina di dalam tanah.

hobbit

"Jadi, orang ramai boleh merasai suasana kamar yang berbeza daripada kebiasaan. Selak sahaja tingkap, mereka juga boleh menyaksikan panorama gunung. Seperkara, sesiapa pun tidak kira ketinggian boleh masuk, cuma konsepnya sahaja saya ambil,“ katanya.

Suhu di kawasan berkenaan, ujar Fairuz juga boleh mencapai 16 darjah Celsius. Jadi, soal panas tidak timbul.

Usahawan berusia 34 tahun itu menambah, idea membangunkan kediaman ala inap desa tersebut adalah impian ibu bapa beliau yang mahukan satu perkampungan yang tenang untuk didiami selepas bersara nanti.

hobbit

“Tanah seluas 0.8 hektar di lereng bukit ini sudah mempunyai pilihan inap desa yang lain, cuma saya bangunkan unit Hobbit sebagai daya tarikan baharu sejak tahun 2019,“ katanya.

Percaturan Fairuz ternyata berbaloi apabila premis beliau menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelancong lokal dan antarabangsa.

hobbit

Justeru, anak jati Papar itu sedang dalam proses menyiapkan dua lagi unit rumah Hobbit yang boleh memuatkan empat dan enam orang.

“Untuk unit Hobbit sedia ada sekarang boleh memuatkan empat orang sahaja, manakala satu lagi khas untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Diharapkan penambahan bilik akan memberi lebih ramai peluang kepada pelancong lain untuk menginap,“ katanya.

hobbit

Pun begitu, Fairuz juga menasihatkan orang ramai supaya menempah bilik sebulan lebih awal bagi mengelakkan kempunan.

“Bukan apa, ramai mengadu tidak dapat nak menginap rumah Hobbit disebabkan tempahan sentiasa penuh. Jadi, saya nasihatkan tempahlah lebih awal melalui Facebook kami.

Baca juga Lihat tahi bintang, bima sakti dengan jelas di Wind Paradise Mongolian Yurt Kundasang

“Sekiranya tidak dapat menginap di Hobbit sekali pun tidak mengapa kerana kami mempunyai pilihan inap desa lain dengan tarikan seni lukisan berunsurkan haiwan ikonik Sabah,“ ujarnya.

hobbit

Humble Hobbit Home

Alamat: Kampung Sinisian, Ranau, Kundasang, Sabah

Pakej harga: Bermula RM180 hingga RM250

Facebook: Humble Hobbit Home

Instagram: @humblehobbithome

Konsep perkampungan orang kerdil semakin menjadi pilihan pengusaha inap desa untuk menarik perhatian para pengunjung.

Di Sabah, Humble Hobbit Home yang paling mencuri tumpuan. Pun demikian, terdapat beberapa negeri lain juga mempunyai penginapan dengan konsep sama.

Baca juga Makan dalam ‘bas terbang’, view Gunung Kinabalu memang terbaik

Berikut SinarPlus senaraikan empat pilihan destinasi yang boleh dipertimbangkan pembaca.

hobbit

Hobbitstay

Alamat: Kampung Pelangi Kuala Selangor, Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor, Selangor

Pakej harga: Bermula RM80

Facebook: Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC

Instagram: @kscc.jeram

hobbit

Hobbit Bawah Tanah

Alamat: ATV Kampung JKIN Extreme Park, Seremban,

Negeri Sembilan

Pakej harga: Bermula RM54

Facebook: Kampung Jkin Resort

Instagram: @kgjkin883

hobbit

Hobbit Hole

Alamat: Jalan Kampung Sinisian, Ranau, Sabah

Pakej harga:

Bermula RM100

Facebook: The Shire Sinisian

Instagram: @theshiresinisianlodge

hobbit

Rumah Hobbit

Alamat: Lot 4424, Lorong Masjid, Kampung Changkat Setol, Changlun, Kedah

Pakej harga: Bayaran masuk bermula RM25 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak)

Facebook: MnM Home Whimsical Houses

Instagram: @mnmhomechanglun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca