KUALITI Mercedes-Benz GLA 200 yang dilancarkan baru-baru ini dijangka memberi saingan terhadap pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang memberitahu, pengenalan varian serba baharu tersebut mampu memenuhi kepelbagaian gaya hidup pelanggan.
"SUV kompak yang dipasang secara tempatan di Pahang itu direka dengan desain bergaya termasuk gril radiator segak berani, selain komponen lebih kukuh.
"Mercedes-Benz GLA 200 Baharu menterjemahkan pendirian yang sporty dan berkeyakinan tinggi. Pada sama, ia menggambarkan nilai terbaik dari segi estetika dan standard,” katanya.
Antara lain spesifikasi terkini Mercedes-Benz GLA 200 Baharu:
- Tampil dengan operasi intuitif dan perisian generasi terbaharu MBUX.
- Dikuasakan enjin 4 silinder pengecas turbo 1.3 liter yang digabungkan dengan transmisi automatik 7G-DCT.
- Boleh mencapai pecutan zero hingga 100 kilometer perjam dalam 8.9 saat berkat 120kW (163 hp) dan tork maksimum 250Nm.
Baca juga Mercedes-Benz lancar 3 model berkuasa elektrik serba baharu, lebih mewah dengan teknologi AI
Tawaran harga bermula RM258,888 termasuk 10 peratus cukai jualan (Semenanjung Malaysia). Untuk info lanjut, layari http://www.mercedes-benz.com.my.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang