Jalan-jalan naik tren ekspres terus ke Ipoh, ini 5 lokasi pelancongan yang boleh diterjah dalam sehari

Iklan
tren ekpres

SERVIS tren ekspres terus ke destinasi pilihan memudahkan orang ramai untuk bercuti pada hujung minggu tanpa perlu bersesak-sesak di jalan raya.

Antara pilihan laluan kereta api elektrik tambahan (ETS) yang ada di negara ini seperti Kuala Lumpur Sentral ke Ipoh, Perak atau lajak terus ke Padang Besar, Perlis.

Iklan
Iklan

Bercerita tentang Ipoh, memang banyak lokasi menarik yang baru dibuka untuk tarikan pengunjung di sekitar ibu negeri Perak itu.

Carian SinarPlus mendapati, lorong vintaj yang dibangunkan semula untuk tujuan pelancongan antara tarikan buat peminat seni dan makanan jarang jumpa.

Iklan

Berikut port OOTD yang boleh kalian singgah jika bercuti di sana:

[caption id="attachment_135990" width="320"] SUMBER foto Facebook Kong Heng Square Artisan Market.[/caption]

Iklan

1. Kong Heng Square

- Tak jauh dari Concubine Lane, lorong tersebut juga terkenal dengan butik pakaian, kafe hipster, makanan jalanan dan lokasi berfoto kenangan.

- Hanya jalan kaki jer, kalian boleh cuci mata melihat barangan kraftangan yang comel untuk dibawa pulang.

[caption id="attachment_135989" width="400"] SUMBER foto Facebook Kong Heng Square Artisan Market.[/caption]

- Lokasi terletak di 75A, Jalan Bandar Timah, Ipoh, Perak. Bimbang sesat? Just waze atau Google Map jer, comfirm sampai.

[caption id="attachment_135995" width="649"] SUMBER foto Facebook Yasmin At Kong Heng.[/caption]

2. Muzium Yasmin Ahmad

- Wajib singgah jika kalian peminat karya yang dihasilkan pengarah terkemuka negara, Yasmin Ahmad.

- Muzium unik dengan hamparan puisi, filem dan gambar penuh nostalgia yang cukup memberikan inspirasi.

[caption id="attachment_135993" width="300"] SUMBER foto Facebook Yasmin At Kong Heng.[/caption]

[caption id="attachment_135994" width="300"] SUMBER foto Facebook Yasmin At Kong Heng.[/caption]

- Tak jauh dari Kong Heng Square, kalian boleh singgah di tingkat bawah BookXcess Kong Heng.

[caption id="attachment_135997" width="668"] SUMBER foto Facebook 清心嶺休闲文化村 Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village.[/caption]

 

3. Kampung Budaya Qing Xin Ling Leisure

- Kalau nak jalan jauh sikit, boleh singgah ke Kampung Budaya Qing Xin Ling Leisure.

- Ramai sebenarnya tak tahu lagi kewujudan perkampungan tersembunyi yang terkenal dengan jolokan ‘Bukit Tenang’ itu, meskipun menawarkan landskap yang cantik.

[caption id="attachment_135998" width="709"] SUMBER foto Facebook 清心嶺休闲文化村 Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village.[/caption]

- Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, menaiki beca, berkelah dan menikmati panorama tasik.

4. Platf9rm Coffee Cafe

- Sudah penat berjalan, kalian boleh rehatkan diri di Platf9rm Coffee Cafe yang berkonsepkan dekorasi filem magis, Harry Potter.

[caption id="attachment_136000" width="533"] SUMBER foto Facebook Platf9rm Coffee & Brew Cafe -Ipoh.[/caption]

Baca juga ‘Pavilion Petting Zoo’ tarikan terbaru buat pencinta haiwan di Ipoh

[caption id="attachment_135999" width="400"] SUMBER foto Facebook Platf9rm Coffee & Brew Cafe -Ipoh.[/caption]

- Ramai yang syorkan untuk mencuba minuman signatur, butterbear yang diperbuat daripada karamel dan butterscotch yang 100 peratus halal.

- Nak singgah? Boleh terus ke premis bernombor 22, Lorong Panglima, Concubine Lane ya!

[caption id="attachment_136002" width="400"] SUMBER foto Facebook Ipoh Heritage Trail.[/caption]

5. Ipoh Heritage Trail

- Sementara nak tunggu masa untuk berlepas pulang, kalian boleh mengambil gambar kenangan di Ipoh Heritage Trail.

- Selain keunikan lukisan mural tiga dimensi, anda juga boleh menghayati bangunan lama yang masih utuh.

[caption id="attachment_136001" width="533"] SUMBER foto Facebook Ipoh Heritage Trail.[/caption]

- Kalau bawa anak-anak, bolehlah bercerita tentang sejarah Ipoh Heritage Trail itu yang mengangkat tema Art of Old Town.

Baca juga Tahun Melawat Perak 2024, ini lima destinasi staycation di negeri Bos Gaurus yang wajib masuk dalam bucket list

Berita baik juga buat kalian apabila Kementerian Pengangkutan melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan ETS sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

[caption id="attachment_136005" width="400"] SUMBER foto Facebook KTM Berhad.[/caption]

Lagi menarik, terdapat enam servis ETS yang mana empat untuk laluan ke Kuala Lumpur Sentral - Ipoh - Kuala Lumpur Sentral bermula 7 Februari sehingga 13 Februari ini.

Dua lagi laluan Kuala Lumpur Sentral – Padang Besar – Kuala Lumpur Sentral bermula pada 7 Februari hingga 10 Mac nanti sempena sambutan cuti sekolah penggal akhir.

[caption id="attachment_136004" width="533"] SUMBER foto Facebook KTM Berhad.[/caption]

Dua perkhidmatan tren laluan ke Ipoh merupakan kereta api ekspres yang mengambil masa hanya dua jam untuk sampai ke destinasi kerana hanya berhenti di tiga stesen saja iaitu Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur dan Ipoh.

Risau tiket habis? Jangan risau kerana KTMB menyediakan tiket tambahan dan pembelian boleh dibuat melalui aplikasi KTMB Mobile yang boleh dimuat turun di Play Store, Applestore atau App Gallery.

Selain itu, anda juga boleh membeli pass di laman sesawang KTMB, kioks yang tersedia di stesen utama KTMB. Kan senang kan?

[caption id="attachment_136003" width="400"] SUMBER foto Facebook KTM Berhad.[/caption]

Menurut kenyataan rasmi KTMB, sebanyak 8,736 tiket ditawarkan bagi laluan Ipoh manakala 20,790 tiket lagi disediakan untuk perjalanan ke Padang Besar.

"Inisiatif ini bagi memenuhi permintaan tinggi ketika musim perayaan dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman dengan keadaan lebih selesa dan selamat.

[caption id="attachment_136006" width="400"] SUMBER foto Facebook KTM Berhad.[/caption]

"Para pengguna boleh memanfaatkan peluang ini bagi membuat pembelian awal jika merancang percutian sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah.

"Orang ramai juga disarankan agar merancang perjalanan untuk tiba awal di stesen bagi memudahkan urusan dokumentasi di pintu masuk sebelum pelepasan,” kata jenama tersebut.

[caption id="attachment_136007" width="400"] SUMBER foto Facebook KTM Berhad.[/caption]

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat booking tiket untuk perjalanan dua hala ke Ipoh.

Lagi satu, datang awal untuk elak beratur panjang di pintu masuk. Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang