Guna bunga sakura buat Tat Nenas Bunga. Sedap dan istimewa. Boleh bagi pada rakan bangsa Cina sempena CNY

Iklan
Featured image (93)

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina akan disambut esok.

Rakan-rakan kita yang berbangsa Cina pasti sedang sibuk menyediakan persiapan menyambut perayaan besar tersebut.

Iklan
Iklan

Sekiranya anda terfikir mahu hadiahkan sesuatu kepada jiran atau teman sekerja, apa kata cuba masak sesuatu yang istimewa.

Air tangan sendiri pastilah lebih dihargai si penerima, kan…

Iklan

Carian SinarPlus melalui Facebook grup Masak Apa Hari Ni menemui resipi Tat Nenas Bunga.

Iklan

Menurut empunya diri yang menggunakan nama Sweetie Pie, juadah tersebut paling sesuai untuk sambutan Tahun Baharu Cina kerana digemari tidak kira tua ke muda.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: 5 minit siap! Resipi susu pekat manis homemade hanya 4 bahan. Jimat & dijamin halal

Resipi Tat Nenas Bunga

Bahan-bahan

250 gram (g) mentega [BELI DI SINI]

30g gula ising [BELI DI SINI]

3 biji kuning telur gred A [BELI DI SINI]

1 sudu besar susu kental manis [BELI DI SINI]

1 sudu kecil vanila [BELI DI SINI]

380g tepung kek [BELI DI SINI]

60g susu tepung [BELI DI SINI]

Bunga sakura

Putih telur [BELI DI SINI]

Inti nenas homemade

Baca juga: Buat roti krim instant sendiri guna resipi paling mudah sekali, memang mengundang nostalgia!

Cara penyedian:

1. Rendamkan bunga sakura di dalam air selama 10 minit dan tukar air baharu selepas 5 minit.

2. Keringkan bunga di atas baking tray yang dilapik dengan kertas tisu dapur.

3. Pukul mentega dan gula icing sampai pucat.

4. Masukkan kuning telur, susu kental manis dan vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

5. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan. Gaul rata menggunakan spatula.

6. Tutup dan rehatkan doh dalam peti sejuk selama 15 minit.

7. Bahagi dan bulatkan inti nenas, 11g setiap satu.

8. Bahagi dan bulatkan doh, 20g setiap satu.

9. Balutkan inti ke dalam doh dan bulatkan.

10. Panas oven 170C.

Baca juga: Tosei homemade resipi air tangan arwah nenek, guna lebihan nasi sejuk jer. Wanita ni kongsi tip, memang jadi!

11. Letak tat nenas di atas baking tray, masukkan acuan bunga sakura berukuran 5cm x 1.5cm dan tekan menggunakan jari tangan supaya doh memenuhi acuan.

12. Ambil sekuntum bunga sakura dan sapu dengan sedikit putih telur di atasnya.

13. Terbalikkan bunga dan lekat di atas tat.

14. Guna penekan acuan dan tekan dengan tekanan yang rata supaya permukaan tat jadi kemas.

15. Tarik besi penekan acuan secara perlahan-lahan. Gunakan cara sama untuk keluarkan acuan bunga.

16. Bakar tat nenas menggunakan suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit atau sampai kuih matang.

17. Betul-betul dinginkan tat nenas sebelum keluarkan untuk disimpan.

18. Tat ini lebih sedap jika dimakan pada keesokan harinya.

Baca juga: 7,600 share, resipi sandwic sardin tauke tersohor, tak muak & menjemukan. Cara buat pun mudah

Pemilik resepi tersebut turut berkongsi beberapa tip kepada mereka yang mahu mencuba.

Berikut tip bagi menghasilkan Tat Nenas Bunga yang dijamin menjadi:

1. Bunga sakura, acuan bunga dan penekan acuan boleh dibeli secara online.

2. Jangan rendam bunga lama-lama sebab nanti warnanya akan jadi pudar selepas dibakar.

3. Suhu oven biar jangan melebihi 160 darjah Celcius kerana tat mungkin akan retak semasa proses membakar.

4. Jika boleh gunakan mentega yang berkualiti sebab rasa tat amat tergantung pada mentega yang digunakan. Resipi yang dikongsi menggunakan mentega Golden Churn dalam tin.

Selamat mencuba semua.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!