JIKA di rumah kebetulan ada lebihan nasi sejuk semalam, pasti anda hanya terfikir untuk dijadikan nasi goreng, apam atau roti sahaja, kan?

Sebenarnya, anda boleh juga tukar menu lain iaitu tosei.

Bunyinya macam menarik. Tosei jarang orang buat, mungkin ada yang menyangka menu yang satu ini susah.

tosei

Baca ni Rahsia sambal bilis garing sedap dan padu, rupanya kena masak begini. Barulah sambalnya pekat!

SinarPlus ada membaca satu hantaran menerusi page Makan Apa Hari Ni (MAHN) yang dikongsikan oleh Fatimah Saari

Beliau memuat naik resipi membuat tosei berserta gambarnya sekali. Nampak menyelerakan dan caranya pun cukup mudah.

“Daripada arwah nenek sampai ke cucu semua belajar buat tosei. Alhamdulillah lembut macam arwah buat.

“Pun begitu, tetap tak boleh lawan kesedapan air tangan arwah nenek. Al-Fatihah untuk arwah,” demikian tulis Fatimah di ruangan kapsyennya.

Hanya enam bahan diperlukan untuk resipi ini dan sukatan yang diberikan menggunakan cawan memudahkan anda yang tidak terlalu pandai membuat kek.

Baca lagi Jemput-jemput jejari ketam rangup, lembut di dalam simple & kenyang sesuai kudapan keluarga

tosei

 

Berikut bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan
1 cawan kacang ulunthu (BELI DI SINI)
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
1 sudu yis mauripan (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
3 cawan air

 

Cara penyediaan:

1. Cuci kacang ulunthu dan rendam lima hingga enam jam. Kemudian kisar sampai halus bersama dengan nasi nasi sejuk.

2. Letak garam sedikit. Tuang dalam bekas lain. Bancuh bahan kisar tadi dengan air, tepung beras dan yis.

3. Peramkan lagi semalaman (tutup denagn tudung periuk) untuk menaikkan bancuhan tadi.

Iklan

4. Sapukan kuali leper dengan sedikit minyak masak.

tosei

Baca lagi Tip masak nasi lemak guna santan kotak, biar santan mendidih baru masuk beras & letak minyak masak

5. Tuangkan tepung yang diperam satu senduk, ratakan dan biar garing bahagian bawah. Kemudian tutup api.

6. Gulung atau lipat kan. Siap dan boleh dihidangkan.

Menarik resipi yang dikongsikan tu, terus terbayang tosei yang admin makan bersama kari ikan dan sayur kubis goreng.

Iklan

tosei

Nampak gayanya, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Harap-harap menjadi dengan resipi ini.

Sumber: Fatimah Saari VIA MAHN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang