'Alhamdulillah dengan izin-NYA.' Penantian 15 tahun tunai haji, Faizal Ismail, isteri & anak sulung terpilih ke Tanah Suci

Iklan
'Alhamdulillah dengan izin-NYA.' Penantian 15 tahun tunai haji, Faizal Ismail, isteri & anak sulung terpilih ke Tanah Suci (2)

PENYAMPAI radio Zayan, Faizal Ismail meluahkan rasa terharu selepas menerima berita terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Berita menggembirakan itu dikongsi empunya diri yang mesra dikenali sebagai FBI menerusi laman sosial Instagram miliknya dengan memuat naik tangkap layar kiriman SMS yang diterima daripada Lembaga Tabung Haji.

Iklan
Iklan

 

Iklan

Lebih bermakna lagi, keputusan itu sekali gus menamatkan penantian beliau selama 15 tahun.

"ALHAMDULILLAH dengan keizinan-NYA. Setelah mendaftar sejak 2009. Mohon doa daripada semua," kongsinya.

Iklan

Dalam satu hantaran lain, Faizal berkongsi foto sedang melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai persediaan.

Dalam pada itu, penyampai radio berusia 47 tahun itu memaklumkan pemergian ke Tanah Suci akan turut disertai isteri, Nor Azlina Ahmad Din dan anak sulung mereka, Nur Khairina Iman, 23.

Baca juga: Tidak dapat tidur 5 bulan, Ustaz Hanafi kongsi titik tolak hijrah Faizal Ismail

Baca juga: Siap surat beranak terus menabung, umur 10 tahun dapat panggilan, ibu kongsi cerita 3 anak tunai haji usia muda

Baca juga: 10 tahun menyepi, Shamsul Ghau Ghau dalami al-Quran, terima tauliah mengajar. Reda jual 2 rumah, simpanan RM300,000 habis

"Check up for haji.

"Moga ALLAH SWT mempermudahkan urusan semua bakal jemaah. Doakan untuk kami bertiga, saya, isteri dan anak sulung," titipnya.

Teruja berita menggembirakan itu, warga maya mendoakan agar dipermudahkan urusan Faizal sekeluarga.

-"Masya-ALLAH seronoknya. Alhamdulillah moga dipermudahkan utk FBI, isteri dan anak."

-"Semoga dipermudahkan segala urusan duyufurrahman. Seronoknya pergi bertiga dgn anak dan isteri. Jaga kesihatan semua ya. Cuaca panas nanti. Semoga baik-baik semuanya."

-"Alhamdulillah. Rezeki jadi tetamu pilihan ALLAH."

-"Alhamdulillah. Tahniah @faizalfbi76, nad & @kayna.iman. Semoga segala urusan dipermudahkan throughout this beautiful spiritual journey."

Baca juga: Pakai tudung baru rasa selamat, Zila Bakarin kongsi perjalanan hijrah 'tiba-tiba'

Baca juga: Bertuahnya gadis ini! Rezeki dapat tunai haji, SPM pula paling cemerlang

Faizal adalah antara individu yang rasminya bergelar pengajar bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau berhijrah pada 2020 ketika dunia dilanda wabak Covid-19. Terdahulu, pemilik nama penuh Mohd Faizal Ismail itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019.

Susulan penularan wabak Covid-19, situasi itu memaksa semua pusat pengajian ditutup dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian.

Bapa kepada empat cahaya mata itu yang membawa keluarganya ke sana kemudian mengambil keputusan pulang ke tanah air.

Sekembalinya ke tanah air, beliau mengambil keputusan menyertai tabligh dan melakukan perubahan dalam diri selepas melalui pengalaman didekati jemaah terbabit sewaktu di UK.

Malah anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu kini hanya mengambil tawaran mengendalikan program televisyen atau radio yang menjurus terhadap isu keagamaan atau kerohanian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!