NAMA Shamsul Ghau Ghau cukup gah pada tahun 2000-an sebagai pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara.

10 tahun menyepikan diri daripada kaca televisyen, rupanya pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan itu mendalami al-Quran hingga menerima tauliah sebagai penceramah.

Baharu sahaja membuat ‘comeback’, pemilik nama Shamsul Azahar Aliddin mendedahkan melalui pelbagai ujian termasuk yang mendorongnya mengambil keputusan mempelajari kitab ALLAH itu.

“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama tempoh tersebut. Waktu itu, saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari al-Quran.

“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir tetapi hasrat itu disimpan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil SPM.

Baca juga: Purata 10 orang peluk Islam di Perancis setiap hari… Hidayah ALLAH datang kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA

Baca juga: Teringat cara dapat hidayah, Kilafairy tekad istiqamah

Baca juga: ‘Pengakuan bekas Dewi Remaja’ Syukur, ALLAH tutup aib saya.”

“Tujuan ambil tauliah bukan nak riak tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Paling utama fokus.

“Pun begitu, ia bukan mudah. Ada dua ujian dan tempoh untuk mendapatkan keputusan pula selama setahun. Memang lama.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang ini, dapat buat come back dalam industri. Anak-anak semakin besar,” katanya kepada OhBulan.

Tidak hanya berkorban masa, dalam tempoh 10 tahun Shamsul mendedahkan telah mengguna semua wang simpanan dan mencairkan aset miliknya bagi menampung kos sara hidup keluarga.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran, duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.

“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motosikal juga habis saya jual. Semua itu untuk menampung keluarga.

“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000,” ujarnya.

Baca juga: Iwan Syahman mahu fokus kerja dakwah, kekal istiqamah

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Baca juga: ‘Pemergianmu beri hikmah aku berhijrah.’ Penjaga Blake peluk Islam

Kehebatan al-Quran dirasai, bekas pegawai polis mengakui al-Quran adalah jawapan kepada semua masalah.

Iklan

“Sudah pasti ada keajaiban ketika dan selepas saya menuntut ilmu mendalami tentang al-Quran.

“Dulu kalau sedih, hendak bercerita kepada orang tapi sebenarnya ALLAH menunggu kita cari DIA.

“ALLAH akan menjawab melalui gerak hati dan ada laluan yang diberikan.

“Itu yang saya lalui, ALLAH permudahkan segala urusan walaupun dalam keadaan susah. Alhamdulillah,” ujarnya.

Terdahulu, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan momen penghijrahannya sewaktu melakukan ibadah umrah kali kedua di Tanah Suci Makkah.

Iklan

Jelas Shamsul yang mengakui dirinya jahil sehingga membuatnya bermuhasabah dan kembali ke jalan yang diredai.

Shamsul yang memulakan kerjaya pengacaraan pada tahun 1994 mencipta nama melalui rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan seterusnya Muzik Muzik dan anugerah industri muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu.

Beliau juga pernah membintangi sitkom Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Dunia Baru. Antara filem lakonannya ialah Senario The Movie, Soal Hati, Senario The Movie: Episode 1 dan Lang Buana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!