Sedapnya Mi Siam Singapura ini, cukup rasa lemak, pedas, masam dan manis. Memang padu!

Iklan
Featured image (99)

HIDANGAN mi siam popular di negeri Johor dan negara jiran kita Singapura.

Ia bukan mi goreng biasa. Sebaliknya menggunakan bihun dan disajikan dengan kuah.

Iklan
Iklan

Mak-mak yang dah buntu nak sediakan apa untuk minum petang keluarga semasa cuti sekolah ini, boleh cuba menu pilihan SinarPlus kali ini.

Resipi Mee Siam Singapura tersebut dikongsikan oleh pengguna, Joha Hassan melalui satu entri beliau di Facebook.

Iklan

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Iklan

RESIPI MEE SIAM SINGAPURA

BAHAN-BAHAN

1 paket bihun [BELI DI SINI]- direndamkan dahulu kemudian ditoskan.

3 biji bawang besar [BELI DI SINI]

4 ulas bawang putih [BELI DI SINI]

4 sudu besar taucu [BELI DI SINI]

5 sudu besar cili kisar  (gunakan cili kering dikisar) [BELI DI SINI]

2 sudu besar udang kering [BELI DI SINI]

*Bahan-bahan di atas semua dikisar halus.

Garam dan gula (secukup rasa)

Air asam (semangkuk)

Semangkuk santan [BELI DI SINI] (asingkan semangkuk santan pekat) atau (1 kotak santan kara, gunakan separuh sahaja dulu)

Baca juga: Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Bahan-bahan untuk sajian atas mi siam

5 biji limau kasturi

Tauhu dipotong kecil dan digoreng

Daun kucai - dipotong kecil

500 gram udang segar

-Asingkan kepala udang (kepala udang dikisar halus). Perahkan jus air udang ke dalam mangkuk untuk dicampurkan dengan rempah untuk dimasak sama. Goreng udang dan di tepikan

4 biji telur rebus (dipotong empat)

Sedikit tauge

Bawang merah goreng

Baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

Cara penyediaannya:

1. Goreng rempah sampai wangi bersama jus udang.

2. Bubuh setengah mangkuk santan pekat dan dua cawan air.

3. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

4. Bila mendidih dibahagikan dua, satu untuk rencah mi siam dan satu untuk kuahnya.

5. Panaskan minyak dalam kuali besar dan tumis rencahnya.

6. Apabila ia bangkit dan mendidih, masukan bihun dan taugeh, gaulkan sampai sebati.

7. Bihun akan meresap kuah tadi menjadi merah jambu.

8. Masukkan separuh udang hidup ke dalam bihun, sedikit daun kuchai dan digaulkan.

Baca juga: Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

Cara penyediaan kuah:

1. Rencah yang satu tadi, ditambahkan cili kisar, masak rencah tadi, tambahkan dengan santan cair dan tiga cawan air, letakkan satu asam keping.

2. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.

3. Rasa kuahnya, ada lemak, pedas, masam dan manis.

Cara sajian:

1. Mee Siam disajikan bersama udang hidup, taburan daun kuchai, bawang merah goreng dan tauhu goreng serta dua atau tiga sudu besar kuahnya.

2. Letak 1/2 biji telur rebus dan limau kasturi. Perah jus limau sedikit untuk membangkitkan lagi rasanya.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!