Bahaya biasakan bayi umur bawah satu tahun dengan baby walker

Iklan

RATA-RATA ibu bapa zaman kini sering ‘mengumpan’ anak kecil mereka menggunakan baby walker. Ada mengatakan ia untuk mententeramkan si anak yang sedang meragam, selain kononnya alat itu mampu membantu mempercepatkan proses bayi untuk berjalan.

Walker yang dimaksudkan adalah jenis yang mempunyai roda yang mampu bergerak.

Iklan
Iklan

Kalau korang nak tahu, walker sudah mula dikenali sejak abad ke-17 lagi tau...

Pakar Kanak-Kanak merangkap Pensyarah Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Yusoff Mohd Ramdzan berkata, begitupun penggunaan baby walker untuk kanak-kanak di bawah satu tahun tidak digalakkan atas beberapa faktor.

Iklan

[caption id="attachment_13006" width="1024"] DR Muhammad Yusoff.[/caption]

Kongsi Dr Yusoff ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini, antara faktor tersebut adalah ia mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak untuk berjalan sendiri.

Iklan

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menghalang penglihatan kanak-kanak ketika bergerak. Sedangkan sebenarnya mereka perlu melihat permukaan atau lantai kerana penglihatan tersebut akan membantu mereka mengelak halangan dan mampu berjalan dengan stabil.

Lebih membimbangkan, kongsi Dr Yusoff, 15 ke 50 peratus pengguna baby walker akan mengalami kecederaan di rumah sama ada terjatuh tangga atau mencapai objek-objek berbahaya di meja.

Bahayakan?

Jadi, kebanyakan pengguna baby walker berada dalam fasa penerokaan yang mana mereka suka merangkak ke sana dan ke sini sambil memasukkan objek ke dalam mulut.

Lebih parah, ada antara si kecil itu mempunyai masalah saraf, tulang atau otot, namun ia tidak boleh disabitkan kepada penggunaan baby walker sahaja.

[caption id="attachment_13002" width="1024"] FOTO HIASAN[/caption]

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai masih tak sedar bahaya beri bayi 6 bulan ke bawah air masak, ini penjelasan doktor

Oleh itu, buat ibu bapa di luar sana harus menilai kebaikan dan keburukan penggunaan baby walker sebelum mendapatkannya.

Selebihnya, masa harus digunakan untuk kanak-kanak tersebut berdiri dan berjalan dengan sendiri.