PENYANYI sensasi Hollywood, Rihanna menghangatkan pesta pra-perkahwinan anak lelaki kepada hartawan jutawan India Mukesh Ambani, Anant dan pasangannya, Radhika Merchant di Jamnagar.
Sambutan majlis tersebut berlangsung selama tiga hari dari Jumaat hingga 3 Mac lalu sebelum hari perkahwinan pasangan itu pada Julai nanti.
Antara tetamu yang hadir dalam majlis itu ialah pengasaa Microsoft Bill Gates; Ketua Meta, Mark Zuckerberg dan ramai selebriti Bollywood terkenal hadir termasuk Shah Rukh Khan, Sonam dan Anil Kapoor, Saif Ali Khan, Kareena Kapoor, dan Deepika Padukone.
Dalam rekod, Ambani, 66, iaitu pengerusi gergasi petrokimia, Reliance Industries, adalah individu terkaya di Asia berdasarkan senarai jutawan masa nyata Forbes, dengan memiliki lebih daripada AS$114 bilion (RM541.96 bilion).
Baca juga:Luar biasa! Enam kanak-kanak pekak berjaya pulih selepas disuntik OTOF
Bintang antarabangsa berkenaan kembali membuat persembahan konsert selepas lima tahun 'berehat', beliau bagaimanapun berjaya memukau tetamu dengan nyanyian mantap dan karismanya tersendiri.
Persembahan Rihanna itu turut menarik perhatian peminat dan warga maya di media sosial.
Dalam konsert tersebut, ikon pop itu menggayakan gaun hijau bersama pakaian merah jambu dan menyanyikan lagu-lagu hits beliau termasuk 'Rude Boy', 'Pour it Up' dan 'Diamonds'.
Rihanna dilaporkan dibayar kira-kira $ 9 juta dolar Amerika Syarikat (AS) untuk persembahan pada 1 Mac lalu.
Rihanna kemudian bertolak pulang ke Amerika Syarikat keesokan harinya, beliau tiba di lapangan terbang Jamnagar sambil dikerumuni peminat dan mendapat pujian kerana layanan mesranya terhadap mereka.
Menerusi video yang dikongsikan, Rihanna dilihat memakai pakaian merah jambu dan selendang biru meminta jurugambar untuk mengambil gambarnya sambil memeluk seorang polis wanita yang turut menyerahkan nota besar 'terima kasih'.
Ramai yang memujinya kerana kerendahan hati malah membuat perbandingan dengan tingkah laku beberapa bintang Bollywood yang disifat sombong.
"Rihanna sangat merendah diri, bukan calang-calang beliau seorang bintang besar," tulis seorang pengguna Instagram.
Seorang lagi berkata,"bintang Bollywood harus belajar daripadanya. Ini adalah persembahan pertama Rihanna di India."
Sumber : The Indiaglitz
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang