KES pembunuhan ibu tunggal Bella atau Mira Sharmila Shamsusah, 32, memilukan hati. Pergi meninggalkan dua cahaya mata dalam keadaan tragis selepas hilang 38 hari, luahan hati keluarga menyentuh perasaan warga maya.

Dalam perkembangan terbaru, kakak Bella, Norhisham Shamsusah, 36, mendedahkan jasad adiknya itu tidak lengkap.

Meluahkan kesedihan atas pemergian adik tersayang, Norhisham berkongsi perasaan terkilan kepada teman lelaki Bella yang juga merupakan suspek utama pembunuhan.

Selepas berusaha mencari Bella lebih sebulan, kata Norhisham, melihat wajah lelaki berusia 24 tahun itu membuatnya rasa kecewa dan marah.

Baca juga: ‘Aku akan tuntut keadilan pemergianmu…’ Ujian DNA sahkan rangka milik Bella, kakak akui ujian berat keluarga, takkan berdiam diri

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

Selepas perbicaraan di mahkamah ada yang pertikaikan kenapa lebih-lebih nak ada rusuhan. Perasaan mendidih marah itu datang tiba-tiba (selepas melihat tertuduh).

“Bersusah payah siang malam saya mencari Bella, tanya sana sini, ceruk tempat masuk rupanya dia tahu sesuatu tapi menyorokkannya. Terbayang muka penipuan dia,”jelasnya.
Malah, ketika ditanya mengenai adiknya kepada si tertuduh, ini jawapan yang diberikan: “Saya tidak tahu kak. Saya dah tinggal Bella tepi jalan ada orang ambil”.

“Keadaan saya sangat emosi, (Perasaan) hancur, terluka, marah semua ada,” ujarnya mengulas insiden di Mahkamah Majistret Batu Pahat baru-baru ini.

Bersyukur pengebumian Bella berjalan lancar namun Norhisham menzahirkan rasa luluh apabila jenazah adiknya tidak sempurna.

Baca juga: Kes Bella: Kakak tak mampu tahan perasaan lihat suspek, anak dedah ibu sering dipukul teman lelaki

“Tiba masanya saya menuntut jenazah Bella di Forensik Hospital Sultan Ismail. Allahuakbar, Allahuakbar, saya terkejut melihat rangka Bella hanya tinggal beberapa (bahagian) sahaja. Macam ‘secoet’ tu je.

“Hancur hati ini ‘sehancur-hancurnya’ apabila menerima Bella dalam keadaan begini. Kenapa buat adik saya macam ini?

“Tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata hanya satu, tulang rusuk dan punggung. Itu sahaja. Mana (perginya) kedua belah kaki dan tangan Bella?” titip Norhisham.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi saat menguruskan jenazah adiknya. Keadaan rangka yang tidak lengkap dan teruk membuatkannya sebak dan sayu.

“Saya, emak dan ustazah memandikan rangka ini. Berderai air mata kami.

“Korek-korek ada benda-benda kotor dalam tengkorak.

“Kenapa pelaku sangat kejam dan zalim ?Kenapa buat Bella sehingga begitu tragis? Kami sangat rapuh dalam situasi ini,” tulisnya lagi.

Baca juga: Kejamnya! Pembuat roti canai diperkosa & dikelar ditemui maut, 5 anak hilang ibu sekelip mata, ini kronologi menyayat hati

Pendakwah, Ebit Lew turut hadir memberikan sokongan kepada keluarga Allahyarham

Berusaha menyempurnakan bahagian badan adik, Norhisham dalam hantaran sama meminta bantuan warga maya.

“Kenapa pencarian saya berakhir begini? Ke mana perginya kedua kaki dan tangan Bella?

“Siapa boleh carikan untuk saya selepas 36 hari? Saya nak Bella sempurna, tolonglah faham apa yang saya rasa,” kongsinya.

Warga maya yang sekian lama mengikuti perkembangan kes ibu tunggal itu menzahirkan rasa sedih.

Menyelami perasaan Norhisham, rata-rata mendoakan agar urusan keluarga Bella dipermudahkan.

Iklan

– “Al-Fatihah . Saya setiap masa menunggu update Puan. Rasa sedih sangat apabila pengakhiran begini. Semoga dipermudahkan urusan Puan dan keluarga.”

– “Allahuakhbar. Semoga kuat menempuhi dengan ujian ini.”

– “Kuatkan semangat ya kak. Terus fight dapatkan keadilan buat Bella. Semoga suspek dapat hukuman yg setimpal ! Dan semoga arwah Bella ditempatkan dalam kalangan orang beriman, aaminn.”

– “Ya ALLAH baca ini pun sedih, sungguh kejam si pembunuh. Semoga syurga tempat arwah Bella.”

Terdahulu, Bella hilang selepas keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam untuk mencuci pakaian di kedai dobi berdekatan berdekatan rumahnya di Taman Soga, Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor pada 14 Disember lalu.

Kehilangan Bella hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon kakaknya tidak dijawab.

Iklan

Selepas 38 hari gagal dikesan, penemuan rangka di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat merungkai segalanya.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan rangka yang ditemui milik wanita itu.

Baca juga: Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Baca juga: Jahidah Nordin dipukul ketika hamil hingga koma, bekas suami diperintah bela diri, 5 info terkini

Sumber: Facebook Mia Icha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!