Waspada ambil kurma campur butter, boleh undang mudarat kepada kesihatan

Iklan
Featured image (29)

RESIPI buah kurma dan butter (mentega) menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Rata-rata pengguna cuba membuatnya di rumah.

Iklan
Iklan

Mudah sahaja penyediaannya, hanya keluarkan biji buah tersebut dan letakkan sedikit mentega. Ia kemudiannya sedia untuk dihidang.

Ramai yang menyatakan penambahan bahan tersebut, membuatkan rasanya menjadi lebih sedap dan ramai mengemarinya.

Iklan

Walaupun ia merupakan makanan sunah, namun seseorang perlu berhati-hati supaya tidak mengambilnya dalam jumlah yang berlebihan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Public Health Malaysia (PNM), campuran kedua-dua bahan itu perlu dikawal agar tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Iklan

"Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat.

"Tetapi apabila ia ditambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantiti yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan,” katanya.

Menurut PNM, mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi.

Ia juga tinggi kandungan kalori yang mana sebiji kurma butter adalah bersamaan sesenduk nasi.

Lemak haiwan yang ada dalam mentega mempunyai tahap lemak tepu dan trans yang lebih tinggi.

Jelas PNM, keadaan itu boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan meningkatkan paras kolesterol jahat dalam tubuh.

Baca juga: Ini sebabnya kenapa Rasulullah SAW berbuka puasa dengan kurma

Baca juga: 3 langkah mudah buat Air Nabeez, Susu Kurma berkhasiat pemberi tenaga

Selain itu,makanan tersebut juga tinggi kalori dan boleh mengakibatkan kegemukan.

Justeru, PNM menyarankan supaya orang ramai supaya mengambil hidangan itu dalam jumlah yang disarankan.

"Nak makan untuk rasa-rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan,” tambahnya.

Sementara itu, menurut VeryWell Fit, kurma adalah buah-buahan manis dan mudah didapati dalam keadaan kering.

Baca juga: Berkhasiat untuk otak, gigi & usus, kurma buah terbaik ibu boleh ajar anak makan

Ia kaya dengan serat makanan, beberapa vitamun dan mineral, fitosterol, karotenoid serta polifeno.

"Kurma merupakan makanan berkhasiat tinggi dan menjadikannya pemanis semula jadi yang sangat baik.

"Jika seseorang perlu memerhatikan pengambilan gula, mereka hendaklah mengambil buah tersebut secara sederhana,” katanya.

Berikut beberapa manfaat kurma seperti yang digariskan oleh VeryWell Fit.

i. Tinggi kalium.

ii. Tinggi serat.

iii. Mengandungi beberapa vitamin B2.

iv. Mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.

v. Sumber folat, kuprum, vitamin A dan zat besi yang baik.

vi. Boleh membantu melegakan sembelit dan gangguan usus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!