PELAKON dan penyanyi Bella Astillah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sebutan pertama penceraian dengan suami, Aliff Aziz.
Terdahulu sebuah video dimuat naik di laman sosial Instagram sekali gus menjawab persoalan peminat tentang status rumah tangga pasangan selebriti itu.
Dalam satu temu ramah, Bella menyifatkan tindakan tersebut adalah yang terbaik buat masa ini.
Sementara itu, peguam wang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata sebutan semula kes berkenaan ialah pada 4 April depan.
"Hari ini ada tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah memfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres.
"Kami mendapat berita yang Aliff bersetuju tetapi pada hari ini beliau memaklumkan ada shooting. Jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April," katanya.
Menyatakan sudah berulang memberikan harapan kepada Aliff, penyanyi lagu Diari Ramadan Rafique itu menyatakan harapan agar kes tersebut perjalanan lancar.
Baca juga: "Tiada siapa yang mahu dikenali kerana kontroversi' - Bella Astillah
Baca juga: Aliff Aziz tekad mahu terus istiqamah perbaiki kekurangan diri
Bella, 29, dan Aliff, 33, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Pasangan itu pernah berpisah pada 16 Mei 2019 dan rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah.
Baru-baru ini, tular muncul di Pejabat Agama Islam pada jam 2.30 pagi. Nama Aliff juga terpalit dakwaan berkelakuan kurang manis di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Sumber: Instagram Xtra
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!