IBU kepada penyanyi Bella Astillah, Eina Astillah menjadi perhatian warga maya selepas memuat naik video berkaitan penyanyi itu.

Terkesan dengan kontroversi yang melanda rumah tangga Bella atau nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, si ibu Zarinah menyatakan sokongan kepada anak sulungnya itu.

“Pesan ibu, jika lelaki menyakitimu pulang ke pangkuan keluarga. Mereka akan selalu ada untukmu,” titip video yang dimuat turun daripada aplikasi TikTok itu.

Menyelami perasaan Zarinah, warga maya menyatakan sokongan buat Bella dan menitipkan doa.

Baca juga: Bella bangga dengan Aliff Aziz

Baca juga: Ramai terkenang nostalgia dengar lagu Diari Ramadan Rafique, tak sangka Bella Astillah penyanyinya

 

– “Hancur hati ibu, anaknya dilukai berkali-kali. Semoga yang baik-baik untuk Bella dan anak-anak.”

– “Sayang mama.”

– “Kasih ibu tiada tandingan di dunia ini.”

– “Sudah tentu orang tua yang hancur hatinya melihat anak disakiti.”

– “Be strong Bella.”

– “Aduhai, sedih pulak tengok video ni.”

Baca juga:’Tenang’ buat Bella Astillah terus positif

Baca juga: Bella, Aliff timang anak kedua

Bella dan Zarinah mempunyai hubungan yang sangat rapat. Malah penyanyi genit itu tidak pernah lupa menitipkan ucapan selamat hari lahir setiap kali tiba ulang tahun kelahiran ibunya.

Iklan

Baru-baru ini, wanita dipercayai Bella dilihat muncul di di Pejabat Agama Islam. Nama suaminya, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz terpalit didakwa berkelakuan kurang manis di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Pun begitu, aktor berumur 33 tahun berkata beliau akan memberikan keterangan tentang kejadian sebenar yang berlaku bagi mengelakkan timbul lagi salah faham.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 selepas sembilan bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah bercerai pada Mei 2019 namun tidak lama selepas itu, mereka kembali bersatu pada April 2020.

Iklan

Baca juga: Rujuk semula, Bella Astillah kini hamil

Baca juga: “Saya nampak sesuatu berwarna putih…” – Bella Astillah kongsi kisah seram ketika penggambaran Malaysian Ghost Story

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!