PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi perkhabaran duka, kehilangan adiknya Shanty Yuliet Goeslaw yang meninggal dunia pada Isnin.
Berita kematian Shanty atau Uli Goeslaw itu dimaklumkan Melly menerusi akaun Instagramnya.
"Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw ( Uli Goeslaw ), bahagialah disana .
"Nona manis nona ambon dah tak payah susah-susah lagi memikirkan semua masalah di dunia ini ya sayang, InshaALLAH nanti kita bertemu lagi ya,” katanya.
Baca juga:8 bulan selepas potong usus, berat badan Melly Goeslaw turun 34kg
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca kematian adik kesayangannya itu.
Dalam video yang dimuat naik tersebut, Melly kini beragama Islam bersama suaminya, Anto Hoed hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Baca juga:Daripada saiz XXL ke M, Melly Goeslaw kongsi rahsia diet tanpa guna sebarang produk
Suasana pilu dilihat menyelubungi kediaman berkenaan, selepas anak perempuan Uli tidak dapat menahan kesedihan ketika dipeluk Melly.
Malah, Melly turut menghampiri keranda dan mengusap lembut tangan adiknya.
Sebelum itu, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam pada 1995 setelah menikah dengan suaminya.
Walaupun, penyanyi lagu Gantung itu sudah bertukar agama, hubungan kekeluargaan antara mereka masih erat.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman, tiada halangan bagi orang Islam menghadiri majlis penghormatan kematian orang bukan Islam ataupun perkabungan mereka bagi menzahirkan simpati.
Cuma katanya, seseorang itu tidak boleh ikut serta dalam upacara keagamaan lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!