KELAHIRAN tragis meninggalkan trauma buat ibu muda ini. Tidak hanya melalui kontraksi bersalin yang menyakitkan, malah beliau juga kehilangan cahaya mata yang dikandung selepas kecuaian para petugas perubatan.

Ibu muda dari Desa Panpanjung, Kecamatan Modung, Kabupaten Bangkalan, Jawa Timur yang dikenali sebagai Mukarromah, 25, membuat laporan kepada pihak polis berhubung kelahirannya anaknya itu.

Mukarromah dalam laporannya menyatakan beliau telah melahirkan seorang bayi perempuan pada 4 Mac lalu di Pusat Kesihatan Masyarakat Kedungdung, Kecamatan Modung, Kabupaten Bangkalan namun kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim.

Baca juga: Bayi pramatang 1.5kg maut klinik cuai tidak letak dalam inkubator, sempat buat content newborn photoshoot tanpa pengetahuan keluarga

Baca juga: Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

Katanya, beliau ke pusat kesihatan berkenaan ditemani seorang bidan kampung. Ketika itu dakwanya bukaan serviks baharu mencapai 4 sentimeter (cm).

Namun selepas menunggu beberapa jam, bukaan meningkat kepada 6cm. Ketika itu, difahamkan Mukarromah enggan bersalin di pusat kesihatan itu dan meminta rujukan daripada doktor di pusat kesihatan masyarakat itu untuk dirujuk ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Syamrabu Bangkalan.

Bagaimanapun, pihak pusat kesihatan berkenaan menolak permintaannya dengan alasan pihak hospital tidak memberi maklum balas.

“Saya dibawa ke bilik bersalin, dia kata saya nak buat hal sendiri. Saya tidak mahu bersalin di sini. Saya cuma ingin meminta rujukan dan saya perlukan pembedahan namun pihak pusat kesihatan berkata: Ya, sekejap. … sekejap sahaja,” kata Mukaromah.

Kerana kesuntukan masa, akhirnya wanita muda itubersalin di sana dengan bantuan seorang bidan dan dua pembantu.

Ketika bertarung nyawa membawa zuriatnya ke dunia, wanita itu yang ditemani ibu saudara tidak menyangka kepala si anak terputus dan tertinggal di dalam rahim.

“Apabila kepala bayi saya terputus, saya meminta pembedahan dijalankan. Namun, saya takut sekiranya dirujuk ke hospital tidak akan ada pembedahan dan kepala bayi akan dikeluarkan dengan tangan.

“Saya juga risau jika orang yang mengendalikannya bukanlah wanita tetapi lelaki,” kata Mukarromah.

Setelah didesak agar dirujuk ke hospital, akhirnya Mukarromah dibawa ke Hospital Ibu dan Anak Glamour Husada, Bengloa, Tanjung Jati, Kabupaten Bangkalan.

Mukarromah selamat membuang saki baki kepala bayinya menerusi pembedahan Caesarean dan pihak keluarganya juga melaporkan insiden itu kepada Polis Bangkalan.

Menurutnya, semasa di hospital, bidan pusat kesihatan masyarakat melawat keluarga berkenaan, namun tiada sebarang permohonan maaf. Selain itu, dakwanya pusat kesihatan masyarakat tidak bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

“Saya mahu akauntabiliti, berikan saya keadilan,” kata Mukarromah sambil mengesat air matanya.

Kata ibu muda itu, sehingga bersalin kehamilannya dalam keadaan baik berdasarkan keputusan pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun, si kecil itu didapati songsang ketika pemeriksaan pada Februari 2024 lalu.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kesihatan Daerah Bangkalan, Nur Hotiba berkata Mukarromah tiba di pusat kesihatan berkenaan ketika hamil lapan bulan dan hamil empat bulan.

Daripada kenyataan doktor, bayi dalam kandungan Mukarromah telah meninggal dunia akibat keracunan sehingga kepala bayi itu terputus semasa bersalin.

Iklan

“Bayi dalam kandungannya meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari akibat keracunan kehamilan.

“Semasa bersalin, kepala bayi itu dipotong kerana badan bayi itu telah mereput,” jelas Nur Hotiba.

Beliau juga berkata, bayi yang dikandung wanita itu songsang dan bahagian punggung telah keluar terlebih dahulu.

“Mustahil untuk dirujuk ke hospital sekiranya keadaan bersalin sudah kelihatan. Prosedur operasi standard (SOP) bersalin memang begitu.
“Jadi tidak boleh dikatakan ia disalah urus,” katanya.

Malah Nur Hotiba berkata, bukaan rahim agak cepat sehingga punggung bayinya muncul saluran peranakan.

“Jadi ibu mendapat bantuan, kerana bayi itu sudah berada di dalam saluran peranakan. Di satu pihak, kami telah berkomunikasi dengan pihak hospital. Kedudukan bawah bayi dahulu. Selain itu, tekanan darah ibu juga tinggi iaitu 180/100 yang dikenali sebagai keracunan kehamilan,” katanya lagi.

Menurutnya, berat bayi itu ketika itu seberat 1 kilogram sepanjang 40cm kerana tidak mengalami perkembangan normal susulan keracunan kehamilan.

Iklan

“Kulit sudah mengelupas semua kerana sudah meninggal dalam kandungan.

“Ibu meneran secara perlahan, kepalanya tertinggal kerana intrauterine fetal death (IUFD), tidak ada pengaruh lain,” jelasnya.

IUFD adalah keadaan di mana janin mati dalam kandungan.

Sumber: Kompas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!