BAGI mengimarahkan kehadiran bulan Ramadan, Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel tidak lokek berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.
Terbaharu, pasangan selebriti itu menganjurkan majlis raikan Ramadan bersama lebih 100 anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.
Baca ni ‘Saya jatuh bangun banyak kali, tapi sabar pasti ada ganjarannya’ – Wawa Zainal
Selain anak-anak yatim daripada Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar-pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari, majli bertemakan rona putih itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 tetamu. Antaranya, pengedar Wawa Cosmetics, pempengaruh media sosial, pihak media, pekerja Wawa Cosmetics.
Pelakon Izzue Islam bertindak sebagai pengacara bagi majlis tersebut.
Pembukaan acara tersebut dimulakan dengan melancarkan produk terbaharu keluaran Wawa Cosmetics iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang diberi nama"LOVE YOUR SKIN”.
BERKONGSI REZEKI
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan berupa beg sekolah dan duit raya daripada Wawa Zainal dan Aeril Zafrel serta barisan pengedar-pengedar produk Wawa Cosmetics.
Ketika ditemui media usai majlis tersebut, Aeril mengakui sumbangan tersebut atas dasar ingin berkongsi rezeki dan meraikan anak-anak tersebut .
"Saya kehilangan ibu bapa sejak usia remaja iaitu ketika umur 17 tahun lagi. Jadi, sedikit sebanyak boleh merasai situasi anak-anak ini.
"Justeru, tiada apa yang lebih bermakna selain dapat memberikan sedikit penghargaan kepada mereka untuk sama-sama bergembira menantikan kedatangan hari raya.
"Lagipun, kami sudah lama pasang niat nak meraikan lebih ramai anak-anak yatim dan tahfiz bagi tahun ini. Malah, majlis Raikan Ramadan 2024 itu memang sudah lama dalam perancangan kami," katanya.
Baca juga Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup
Pada masa sama, pasangan itu turut ditanya mengenai persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Buat pertama kalinya, pasangan suami isteri itu merancang untuk menyambut Aidilfitri di luar negara iaitu di Indonesia bersama ahli keluarga yang lain.
"Memandangkan orang tua sudah tiada, jadi nak balik kampung beraya pun macam tak ada perasaan.
"Bagi mereka yang bergelar yatim piatu pasti lebih memahami. lebih-lebih lagi situasi pagi raya mungkin tak sama dengan orang lain," kongsi Aeril.
Pun demikian, beliau bersyukur kerana orang tua Wawa tinggal bersama-sama mereka.
"Jadi kemeriahan itu tetaplah ada. Kalau ditanya sebab nak beraya di luar negara, ia hanyalah untuk berubah angin,” katanya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang