Pelajar wanita berhenti bernafas 23 minit ditemui dengan kecederaan misteri

Iklan
Copy of Copy of gambar portal_20240326_105602_0000

 

TRAGIS, seorang pelajar berusia 21 tahun ditemui berhenti bernafas selama 23 minit di dalam bilik asrama di Universiti Asbury, Kentucky, Amerika Syarikat dengan kecederaan misteri.

Iklan
Iklan

Susulan itu, mangsa, Isabella Willingham yang mengalami luka dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kuku tercabut segera dikejarkan ke hospital selepas beliau didapati tidak bertindak balas.

Pelajar itu bagaimanapun dapat diselamatkan namun disebabkan kecederaannya yang teruk, gadis tersebut akhirnya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Kejadian berlaku selepas Isabella pulang dari rumah ibu bapanya sempena Hari Kesyukuran.

Iklan

Bapanya, Andy menyatakan, tidak mendengar khabar anak perempuan mereka selama berjam-jam selepas pulang ke kampus dan akhirnya menerima panggilan telefon daripada pengarah asrama tentang berita sedih itu.

"Pada jam 11 malam mereka diberitahu Isabella dibawa dengan ambulans dalam perjalanan ke bilik kecemasan selepas didapati tidak sedarkan diri di atas lantai di bilik oleh rakannya.

"Anak perempuan kami tidak bernafas selama 23 minit, tetapi kecederaannya benar-benar membimbangkan," ujarnya.

Pejabat Sheriff Daerah Jessamine mengesahkan pelajar tersebut mengalami beberapa kecederaan termasuk luka dan lebam.

"Beliau mempunyai luka yang dalam pada kaki dan kuku tercabut. Bapa mangsa mengesyaki seseorang menyakiti anak perempuannya itu dan tidak percaya kecederaan itu disebabkan oleh jatuh katil," katanya.