Akhirnya Elon Musk dedahkan Robotaxi Tesla selepas 8 tahun. Inovasi kenderaan pintar dipandu sendiri bukanlah yang pertama. Ini sebabnya…

Iklan

SIAPA tak kenal Elon Musk? Billionaire nombor satu dunia itu dikatakan usahawan paling berjaya dengan bisnes kereta elektrik, Tesla dan syarikat angkasa lepas persendirian, SpaceX.

Anak kelahiran Pretoria, Afrika Selatan itu terus menjadi sensasi di media sosial selepas pengambilalihan Twitter yang kini dikenali sebagai X, selain pengenalan jentera autonomi.

Iklan
Iklan

Terkini, individu terkaya dengan nilai anggaran bersih $247 bilion (RM1,058 bilion) itu akhirnya mengotakan janji selepas lapan tahun untuk memperkenalkan jentera Robotaxi Tesla kepada dunia.

Iklan

Mana tidaknya, janji Musk sebelum ini yang mahu memperkenalkan kenderaan tanpa pemandu pada tahun 2016 itu, tapi hanya dapat direaliasasikan tahun ini.

Lapor Gulfnews, pengenalan teksi pintar tanpa pemandu itu sempena ‘We, Robot’ yang berlangsung di Studio Warner Brothers, Los Anggeles baru-baru ini bagaimanapun menarik perhatian ramai.

Iklan

Memetik kenyataan media tersebut, kemudahan robotaxi berskala besar tak mungkin akan berlaku pada tahun akan datang disebabkan beberapa faktor yang masih menjadi kebimbangan pemerhati industri.

Sekali mak ayah panggil polis suruh angkut bawa balik rumah. Betul-betul lain daripada yang lain.

"Meskipun Tesla memperkenalkan kemajuan teknologi, namun mereka perlu menunjukkan ciri keselamatan sama ada kenderaan itu bersedia dan selamat dinaiki.

"Itu belum lagi ambil kira pelbagai peraturan tempatan, penempatan logistik dan rangkaian operasi syarikat pengangkutan secara menyeluruh,” kata pemerhati.

Dari segi kenaikan harga, penganalisis Wedbush meramalkan acara Robotaxi Tesla itu paling bersejarah dan membawa kepada pertumbuhan baharu untuk teknologi autonomi.

BUKAN YANG PERTAMA

Nampaknya, jentera Robotaxi Tesla bukanlah teknologi teksi autonomi yang pertama diperkenalkan di peringkat global memandangkan syarikat lain sudah merintis inovasi tersebut.

Antaranya Google Waymo dan General Motors Cruise yang sudah berjaya mempamerkan projek perintis, namun sehingga kini masih dikawal ketat untuk ‘dilepaskan’ ke pasaran.

Pun demikian, kenyataan Musk yang menegaskan, ciri bravura yang diperkenalkan untuk Robotaxi Tesla adalah yang terbaik berbanding jenama lain.

Kelewatan pengenalan model baharu tersebut disebabkan beberapa perubahan yang ditambah baik untuk memastikan fungsi kenderaan tersebut lebih bagus.

"Kami mampu buktikan kenderaan ini cukup selamat atau jauh lagi selamat daripada manusia. Malah, pemeriksaan oleh entiti kawal selia juga menyokong keupayaan itu,” katanya.

Meski digembar-gemburkan teknologi itu selamat untuk dinaiki, namun ramai pakar berkongsi pandangan dan teori bahawa pemanduan sendiri itu masih rumit.

Adakah kita boleh serahkan 100 peratus tugas pemanduan kepada komputer dan selamat untuk tidur sepanjang perjalanan? Soal tindakan undang-undang atau kecuaian? Banyak isu dibangkitkan.

Ramai pakar menjelaskan, komputer tidak seperti manusia yang boleh bertindak balas terhadap kejadian atau situasi yang tak dijangka yang mungkin belum pernah didatakan sebelum ini.

Mahu tak mahu, pemandu juga akan dipersalahkan dari segi undang-undang jika berlaku kemalangan, bukannya komputer kecerdasan buatan (AI).

Menurut pakar, Andrew Hawkins, walaupun demontrasi hebat prototaip yang bergaya dan Musk boleh menuntut beberapa kebanggaan sebagai tanggapan pertama, namun terdapat beberapa isu yang perlu ditelitikan.

Memang tak salah nak perkenalkan sesuatu teknologi yang difikirkan memberikan manfaat kepada masyarakat, cuma ada beberapa isu kena kasi clear dulu, kan?

Cuma, kalian boleh bayangkan tak kalau wujudnya teksi tanpa pemandu di Malaysia? Mungkin ia boleh dikatakan salah satu untuk keperluan pengangkutan awam di ibu kota atau sebagai tarikan pelancong.

Apapun, kita masih lambat lagi untuk merasai semua teknologi itu. Tak mustahil anak Malaysia boleh cipta teknologi lebih kurang sama sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara. Tak mustahil!