Beraya dengan aura Maghribi, padanlah Vila Sajuri jadi destinasi pilihan Syawal

Iklan
maghribi vila sajuri

KEINDAHAN seni bina di Maghribi telah memberi ilham kepada Mohamad Faiz Hairudin untuk membina sebuah vila dengan desain ala Morocco di Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Mengambil nama sempena perkataan sayuri yang membawa maksud bunga dalam bahasa Jepun, populariti Villa Sajuri 'cepat menular' bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah pelancong antarabangsa.

Iklan
Iklan

Padanlah kediaman mewah tersebut menjadi pilihan ramai sebagai destinasi jalan-jalan sepanjang Syawal. Malah, tempahan pagi raya juga sudah penuh!

Mohamad Faiz berkata, premis yang sudah lebih dua tahun beroperasi memakan masa agak lama untuk siap sepenuhnya.

Iklan

Ia tertunda sementara waktu selepas negara dilanda wabak Covid-19, sebelum kembali diteruskan.

Iklan

Bercerita lanjut, lelaki berusia 39 tahun itu berkata, selepas mengembara ke benua Afrika dan tiba di bumi Maghribi, beliau terpesona dengan desain kamar yang luas dan dekorasi kebanyakan bangunan termasuk hotel yang memiliki aura eksklusif.

 

"Negara itu mempunyai nilai estetika seni yang cukup menarik. Keluasan halaman kediaman rakyat di sana cukup memberi inspirasi kepada saya untuk berbuat sesuatu sebaik tiba di tanah air,” katanya.

Segala yang dirancang akhirnya dapat direalisasikan.

Untuk Villa Sajuri, anak jati Selangor itu berkata, beliau menempah jubin dan mozek yang memiliki ciri-ciri corak serta paten ala Maghribi dari Indonesia.

Baca juga Pernah dihuni oleh Datuk Jamal Abdillah, vila di Taiping, Perak kini menjadi lokasi percutian eksklusif

"Kalau diperhati secara menyeluruh, setiap ruang memiliki identiti tersendiri,” ujarnya.

Seperti kebanyakan lokasi lain, destinasi wajib singgah itu turut dilengkapi dengan sistem karaoke, meja snuker, padang golf mini dan tempat barbeku.

Kepada yang mahu menikmati panaroma Pantai Remis, lokasinya hanya terletak kurang 1 kilometer dari Villa Sajuri.

Menurut Mohamad Faiz, selain menjadi tempat istirehat pelancong, Villa Sajuri juga menjadi tumpuan syarikat korporat yang biasanya menganjurkan hari keluarga.

Melihat kepada permintaan yang semakin memberangsangkan, beliau berhasrat untuk menambah lagi kapasiti premis berkenaan pada masa akan datang.

Baca juga Rumah tradisi 200 tahun menjadi tumpuan dunia, padanlah vila warisan ini tersenarai destinasi wajib singgah di Langkawi

Dalam pada itu, pemaju hartanah itu turut mengalu-alukan orang ramai untuk menginap di Villa Ameda miliknya yang terletak bersebelahan dengan Villa Sajuri bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama famili tersayang.

Villa Sajuri

  • Alamat: Jalan Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Pakej: Harga bermula RM1,380 hingga RM3,180
  • Facebook: Villa Sajuri
  • Instagram: @villasajuri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!