MEMILIH bilik hotel untuk percutian yang melibatkan keluarga besar memang membazir.

Cara paling baik adalah dengan menyewa kediaman atau vila berskala besar yang biasanya memiliki empat hingga lapan bilik.

Seandainya anda bercadang membawa famili berlibur di Taiping, Perak, Zen Retreat Waterfall Villa antara premis yang menawarkan servis paling memuaskan.

Pemilik premis berkenaan, Nixon Ooi Gim Hong berkata, pihaknya telah mengubah suai rumah teres dua tingkat menjadi sebuah vila yang indah dan gah.

Air terjun buatan dan kolam renang yang luas di dalam rumah pastinya membuatkan si kecil tidak mahu keluar rumah.

Menariknya lagi, kediaman tersebut yang memiliki ruangan santai yang selesa boleh disifatkan bernilai tinggi kerana pernah dimiliki oleh penyanyi popular negara, Datuk Jamal Abdillah.

kolam renang dalam vila percutian

“Sebab itu potret penghibur tersohor itu masih utuh tergantung di dinding di ruang utama vila untuk tontonan orang ramai yang datang menginap,” katanya ketika dihubungi.

Nixon menambah, pihaknya mengalu-alukan kira-kira 12 hingga 14 orang untuk menghuni Zen Retreat Waterfall Villa yang memiliki empat buah bilik besar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Ujar ahli perniagaan itu lagi, lokasi vila yang strategik membolehkan orang ramai meneroka ke destinasi pelancongan berdekatan.

kolam renang dalam vila percutian

“Antaranya di sungai dan air terjun semula jadi di Austin Pool. Hanya berjalan tiga minit sahaja. Untuk ke bandar Taiping yang mempunyai singgahan seperti taman tasik, muzium dan zoo, hanya memakan masa lima minit sahaja dengan kenderaan,” katanya.

 

Selain Zen Retreat Waterfall Villa, Nixon juga memiliki tiga lagi penginapan menarik. Salah satunya ialah Zen Retreat Taiping yang dilengkapi dengan keunikan dua tab panas di dalam rumah.

kolam renang dalam vila percutian

“Lokasi ini dibuka sejak tahun 2017 memang sentiasa laris. Mungkin disebabkan tab panas yang lebih privasi membuatkan pengunjung suka. Harga yang kami tawarkan juga memang berbaloi, hanya bermula RM550 hingga RM700 sahaja untuk semalam,” katanya.

Sementara Zen Retreat Glass Pool Villa dan Zen Retreat The Havana juga menjanjikan kepuasan, kata Nixon.

Baca juga Homestay warna-warni tengah sawah, siap ada kolam renang untuk kanak-kanak. Ini 5 destinasi bercuti popular wajib singgah

“Kalau tak bercadang untuk memasak, bolehlah datang menjamu selera di Kafe Chio yang menyediakan pelbagai hidangan Korea dan Barat. Lampu neon yang berwarna-warni dan dan ruang bermain untuk kanak-kanak pasti akan membangkitkan keterujaan mereka,” katanya.

kolam renang dalam vila percutian

Zen Retreat Waterfall Villa
Alamat: 12A, Taman Suria Damai, Taiping, Perak
Waktu operasi: Daftar masuk bermula jam 3 petang
Harga: Bermula RM550
Facebook: Zen Retreat
Instagram: @zenretreattaiping

kolam renang dalam vila percutian

kolam renang dalam vila percutian

#REKREASIPILIHAN

KELEBIHAN kolam mandi di dalam rumah menjadikan percutian untuk keluarga besar lebih privasi dan menghiburkan.

Iklan

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti seperti barbeku boleh dilakukan bersama-sama dengan suasana yang lebih selesa dan intim.

SinarPlus senaraikan beberapa vila yang turut mempunyai keunikan kolam mandi di beberapa buah negeri untuk rujukan pembaca:

kolam renang dalam vila percutian

ZARA Homestay Private Pool
Alamat: Lorong Bandar Kuantan Putri 9, Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Daftar masuk bermula jam 3 petang
Harga: Bermula RM370
Facebook: ZARA Homestay Private Pool Kuantan

Baca juga 5 destinasi hotel viral dengan keunikan kolam renang, lokasi nombor 1 memang kena pergi

kolam renang dalam vila percutian

Kuang Retreat
Alamat: Lorong Orkid, Kuang, Sungai Buloh, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari
Harga: Bermula RM1,097
Facebook: Kuang Kampung Retreat

kolam renang dalam vila percutian

Iklan

Teduhan Dua Retreat
Alamat: No.2, Jalan SJ12, Taman Semabok Jaya, Semabok, Melaka
Waktu operasi: Daftar masuk bermula jam 3 petang
Harga: Bermula RM790
Facebook: Teduhan Dua Retreat
Instagram: @teduhandua

Baca juga Menakjubkan! Kereta terpanjang di dunia dilengkapi kolam renang, jakuzi dan padang golf mini

kolam renang dalam vila percutian

Awan Cactus
Alamat: Lot 9144, Jalan Seberang Pintasan Kampung, Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu
Waktu operasi: Daftar masuk bermula jam 3 petang
Harga: Bermula RM520
Facebook: Casa Leesa & Awan Cactus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang