BERITA pemergian 10 perajurit dalam nahas udara melibatkan dua buah helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak meruntun hati ramai. Salah seorang mangsa terkorban ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli,44, yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 503.
Beliau yang mengetuai penerbangan HOM AW139 dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah menjadi perhatian ramai susulan tularnya status WhatsApp memilukan.
Pengguna Facebook, Alf Azhm Hj Shmsddn mendedahkan status terakhir laman pemesejan dipercayai dimuat naik Allahyarham Muhammad Firdaus seolah-olah memberi petanda akan pergi buat selamanya.
Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak
Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia
Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya
Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut
Warganet meluahkan kesedihan dan dalam masa yang sama menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. Ujar mereka;
"Pemergian mengejut memang membuatkan kita terasa sangat kehilangan. Seperti mimpi, tapi nyata. Salam takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.Sesungguhnya 1 Malaysia berkongsi rasa yang sama. Sedih dan pilu. Semoga roh mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," kongsi Aida Clay Craft.
"Mereka perjuangkan segalanya untuk negara. Moga ditempatkan dalam golongan orang beriman dan beramal soleh," titip Bege Sam.
"Komander Muhammad Firdaus antara yang terkorban. Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan beriman," tulis Nur Syazwani Razali.
DIKEBUMIKAN DI PULAU PINANG
Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Muhammad Firdaus akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
[caption id="attachment_142200" width="800"] Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia empat tahun[/caption]
Menurut adik ipar dikenali sebagai Lina, 40, pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada ibu dan ayah mentua yang berada di Lumut.
Kata Lina, jenazah abang iparnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Mengulas lanjut, Lina berkata, keluarga mereka masih terkejut dan tidak menyangka pertemuan pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Lumut, adalah pertemuan terakhir.
"Saya mula mengetahui mengenai berita ini melalui media sosial pagi tadi. Buat masa ini, kedua ibu bapa mentua termasuk suami saya sudah berada di Pangkalan TLDM untuk urusan berkaitan termasuk proses pengurusan jenazah," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Pantai Jerejak, Pulau Pinang pada Selasa.
[caption id="attachment_142202" width="800"] Sumber: Facebook[/caption]
"Memang terkejut, abang ipar baru pagi tadi hubungi keluarga, memang setiap masa akan hubungi mereka (ibu dan ayah) termasuk sebelum pergi ke tempat kerja.
"Kali terakhir berjumpa abang ipar pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Lumut, kami semua ke sana berjumpa dengannya. Itu kali terakhir kami sekeluarga bertemu," katanya.
Lina berkata, arwah abang iparnya yang berkhidmat dalam pasukan TLDM lebih 20 tahun itu meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia empat tahun.
"Buat masa sekarang, adik arwah dan keluarga yang lain masih bersedih dan kami minta kerjasama kepada semua pihak supaya beri ruang untuk keluarga bertenang dan sama-sama menanti perkhabaran seterusnya," katanya.
7 TERKORBAN
Terdahulu, Skuadron 503 menghantar dua buah pesawat bersama sembilan kru udara dan 11 orang juruteknik pesawat ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 19 April lalu.
Ia bagi menyertai Lintas Hormat sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024 dan demonstrasi udara pada Hari Terbuka Armada pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Berikut senarai tujuh perajurit terkorban dalam nahas membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139):
1-Komander Muhammad Firdaus Ramli
2-Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
3-Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
4-Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun
5-Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
6-Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar
7-Laskar Kanan I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Salam takziah daripada SinarPlus buat mangsa yang maut dalam terlibat.
Sumber: Skuadron 503, Astro AWANI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!