HARI ini Malaysia berduka susulan dua helikopter Tentera Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan bertembung dan terhempas ketika sedang menjalani raptai di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Sayu dengan kejadian tersebut, pelakon Eyra Hazali mendedahkan salah seorang ahli keluarganya terlibat dalam nahas berkenaan. Aktres berusia 25 tahun itu berkongsi di IG story.

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

Baca juga:Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

“Al-Fatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter.

“Salah seorang mangsa adalah suami kepada sepupu saya, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kongsi Eyra.

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Iklan

Menerusi tinjauan SinarPlus, Allahyarham Wan Rezaudeen adalah dari Skuadron 503, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan mangsa yang menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Terdahulu, dua buah helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas ketika sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mangsa terlibat sudah dikenal pasti yang berusia bawah 40 tahun dan mayat dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk proses selanjutnya.

Susulan nahas berkenaan, pihak TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Iklan

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!